suria

Aliff Syukri malu Shahida jarang pakai emas, risau persepsi orang kampung... “Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas”

Aliff mempunyai hobi mengumpul emas sejak zaman remaja.

MEMILIKI minat mendalam terhadap emas membuatkan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri ‘ketagih’ membeli barangan kemas.

Menurut Aliff Syukri Kamarzaman, 38, minat itu bermula sejak zaman remaja dan pernah membuat pembelian emas mencecah ratusan ribu ringgit dalam satu masa selepas perniagaannya berkembang maju. 

“Saya memang penggemar tegar emas dan pernah beli sampai RM100,000 pada satu waktu.

Aliff sangat suka belikan isterinya barang kemas.

“Saya suka jenis emas gajah kerana tak mudah bengkok, tak mudah rosak dan paling penting, senang nak jual balik.

“Berbanding emas jenis kerawang pula, kebanyakan kedai mengenakan kadar upah yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan,” katanya kepada mStar.

Menurut Aliff, dia mengaku kadangkala berasa malu apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida, jarang mengenakan barangan kemas walaupun dia mampu menyediakannya.

Jelasnya, persepsi masyarakat terutama di kampung membuatkan dia lebih berhati-hati kerana penampilan isteri sering dikaitkan dengan kemampuan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk dua pembantu peribadi lewat datang kerja, terlepas ‘sales’ RM30,000… “8.30 pagi baru nak ketuk pintu, tiada otak ke?” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sekali lagi Aliff Syukri berjanji, mahu berubah jaga maruah keluarga... Syukur Allah jentik hati

“Isteri saya ini pemalas pakai emas. Kadang-kadang sebagai suami saya malu dan rasa aib sebab nanti orang kampung akan mengata.

“Pada saya, suami yang hebat adalah mereka yang tidak biarkan isteri nampak ‘kosong’. Untuk jadi suami yang dikagumi, jangan bagi malu… beri isteri pakai barang kemas.

“Hebatnya suami apabila isteri disaluti barang kemas. Ini tidak, di media sosial sibuk tunjuk beg tangan berjenama, tapi barang kemas pula beli yang ‘celup’,” ujarnya.

Dalam masa sama, Aliff menegaskan ramai individu hari ini tersilap membuat pilihan apabila lebih mengejar barangan mewah berbanding menyimpan aset sebenar seperti emas.

Aliff anggap emas adalah aset paling bernilai di dunia.

Katanya, emas bukan sahaja mudah dicairkan, malah nilainya juga lebih stabil berbanding barangan berjenama.

“Ramai orang berkira nak beli emas sebab nak kejar diamond, nak kejar white gold. Tapi sebenarnya, beli emas kuning dulu sebab emas adalah aset. Tak rugi.

“Beg tangan atau barangan berjenama, beli hari ini, esok dah jatuh nilai 40 peratus. Tapi emas, beli hari ini, tahun depan boleh naik,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain