suria

Sarimah Ibrahim kecewa dengan industri seni, beri bayangan banyak perkara belum terbongkar

Sarimah seperti memberi bayangan rasa kurang senang dengan berita diterima.

PENGACARA dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim memberi gambaran dia baharu sahaja menerima khabar kurang menyenangkan mengenai industri hiburan, namun mengakui tidak  terkejut dengan perkara tersebut. 

Menurut Sarimah, 47, selepas hampir tiga dekad bergiat dalam dunia seni, banyak perkara sudah tidak lagi mengejutkannya.

Dalam masa sama, aktres berkenaan turut meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan industri hiburan tanah air.

Hantaran yang dikongsi dipercayai sudah dipadam Sarimah.

"Baru saja menerima berita 'tumpah teh' (spill tea). Walaupun saya tidak terkejut kerana sudah hampir tiga dekad hidup dalam realiti ini tetapi saya masih rasa kecewa dengan industri kita. 

"Saya terima, Alhamdulillah. Allah tahu yang terbaik. Pada akhirnya bakat dalam industri ini adalah satu kurniaan dan amanah yang tiada harga untuk dijual beli," katanya. 

Sarimah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim mesej isteri Zamarul Hisham sebelum mula berlakon, tak mahu rasa kekok di set

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Lelaki Itu’ lonjak kembali nama, Sarimah Ibrahim tak pernah hilang

Bagaimanapun hantaran itu dipercayai telah dipadam Sarimah. 

Dalam hantaran sama, Sarimah turut memberi bayangan bahawa terdapat banyak perkara yang ingin didedahkannya, namun memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan kemudaratan kepada pihak tertentu.

"Saya harap saya boleh mendedahkan semuanya tetapi tak sampai hati sebab nanti ada yang terus lemas," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain