MENGHITUNG hari bergelar suami isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meraih perhatian apabila berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pertemuan itu cukup bermakna buat dirinya apabila menerima pelbagai nasihat berharga daripada pasangan yang sudah lebih tujuh dekad melayari alam perkahwinan. "Alhamdulillah dapat berjumpa Tun Dr Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.Bella berkongsi beberapa momen yang sempat dirakamkan ketika pertemuan itu."Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama. Masya-Allah, semoga segala perkongsian menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam hantaran sama, Bella turut berkongsi beberapa foto dan momen istimewa sepanjang pertemuan tersebut.Malah, pelakon itu mengakui berasa teruja dan kagum apabila berpeluang dapat bertemu secara bersemuka dengan tokoh yang sudah lama dikaguminya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah lega, sejak awal yakin Syed Saddiq tak bersalah... “Dia sangat jujur, baik dan amanah”ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pecah rekod peribadi, gigih tamatkan larian demi Syed Saddiq... Rakan siap bawa bunga manggar!"Tak sangka boleh starstruck teruk. Perasaan Bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afgan."Saya memang memuja Tun sejak kecil. Bertemu secara bersemuka memang terasa luar biasa. Terima kasih Syed Saddiq," ujarnya.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas hubungan mereka menjadi perhatian ramai sejak tahun lalu.Malah pasangan tersebut dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan memandangkan majlis mereka dijangka berlangsung tidak lama lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!