suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zeera Azizi sudah ‘move on‘, enggan musuhi bekas kekasih Ariel Fesol

Zeera nafi pernah keluar bersama Ariel (kiri) selepas berpisah.

PELAKON dan penyampai radio, Zeera Azizi menafikan dakwaan bahawa dia pernah keluar bersama anggota kumpulan Alpha, Ariel Fesol selepas berpisah. 

Zeera atau Nurazeera Azizi, 30, dakwaan tersebut tidak benar dan dia memilih untuk tidak melayan cerita yang tidak berasas. 

Kata Zeera, dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya serta kehidupan peribadinya.

Netizen mendakwa melihat Ariel dan Zeera bersama menonton sebuah konsert.

"Apa yang boleh saya katakan komen itu adalah tidak benar. 

"Bagi individu yang buat cerita itu biarlah, saya hanya fokus kerja dan kehidupan sendiri sekarang. 

"Saya tak suka bermusuh dengan sesiapa pun, saya berkawan saja dengan semua orang," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Diberhentikan kerja sebagai pramugari, Zeera Azizi fokus kerjaya seni - “Sedih tapi syukur masih ada pendapatan lain”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ariel Fesol buat keputusan berhenti jadi pramugara, fokus kejar impian bergelar penyanyi

Mengulas mengenai hubungan mereka, Zeera berkata masing-masing sudah meneruskan kehidupan selepas perpisahan dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk bermusuhan.

"Masing-masing dah move on dan bahagia dengan kehidupan sendiri jadi kenapa nak bermusuh? 

"Pusing-pusing nanti berjumpa juga, jadi kita baik saja sama macam dengan orang lain juga. 

"Buat masa ini hati saya masih belum dimiliki," ujarnya dengan nada bergurau. 

Zeera kini hanya mahu fokus kepada kerjayanya.

Sebelum ini, video temu bual Zeera bersama Ariel ketika bertanyakan mengenai perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia mencuri perhatian ramai.

Rata-rata netizen mengimbau kembali hubungan yang pernah terjalin antara mereka, malah ada yang mendakwa Zeera dan Ariel pernah dilihat keluar bersama menonton sebuah konsert.

Untuk rekod, Zeera dan Ariel pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain