PELAKON Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin daripada tiga pertuduhan bersubahat dengan arwah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan unit amanah bernilai RM150 juta.Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh. Mengikut pertuduhan, Zizie didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad menerima wang rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 daripada Mahdi, serta RM337,500 daripada Norhaili.ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Bung Moktar bebas tiga tuduhan rasuah... Zizie Izette naik mahkamah Mac depanARTIKEL BERKAITAN: “Akhirnya orang mula bercakap tentang kebaikan, pengorbanan dan amalan mulia suami saya” - Zizie IzetteWang berkenaan didakwa sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melaburkan RM150 juta dalam skim unit amanah Public Mutual.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Cawangan Public Bank Taman Melawati antara pukul 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika kejadian, sebelum ini dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah susulan kematiannya pada 5 Disember 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!