suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datang studio naik kereta pink, Ezra Kong rasa aura Daiyan Trisha... Gerun karakter ‘go getter’

Ezra kagumi aura dimiliki Daiyan.

KOMPOSER dan penulis lagu, Ezra Kong, berkongsi pengalaman pertama kali bekerjasama dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang dianggap meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Menurut Ezra, aura Daiyan sudah mula dirasai sebaik sahaja wanita itu melangkah masuk ke studio rakaman untuk sesi pertama mereka bersama.

“Pertama kali bekerja dengan Daiyan Trisha. Dia datang ke studio siap dengan pemandu dan menaiki Alphard berwarna merah jambu. 

Luahan Ezra jadi perhatian peminat Daiyan.

"Belum mula rakaman lagi, auranya sudah masuk dulu,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Difahamkan mereka pertama kali bekerjasama menerusi lagu Jangan Lupa Jaga Dirimu untuk runut bunyi drama Anom Suraya.

Lebih mengagumkan Ezra lagi apabila dia mendapati Daiyan hadir ke studio dengan persiapan rapi dimana sudah menghafal kesemua lirik lagu sebelum sesi rakaman bermula.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu bongkar rahsia Daiyan Trisha... Pilihan anak kelakar, tak cari lelaki kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Daiyan Trisha... Tak dapat makan di Rembayung, kena scam RM120!

Katanya, kelebihan Daiyan sebagai seorang pelakon yang turut bergelar penyanyi jelas terserlah apabila dia mampu memahami emosi dan menyampaikan setiap bait lagu dengan penuh penghayatan.

“Bila masuk studio, semua lirik sudah hafal. Apa saja rasa yang lagu itu perlukan, dia boleh berikan. Baru saya faham kelebihan seorang pelakon yang juga menyanyi.

“Bukan sekadar menyebut kata-kata dalam lagu, tetapi tahu bagaimana untuk memberikan nyawa kepada setiap lirik,” ujarnya.

Ezra banyak menghasilkan pelbagai karya berkualiti.

Dalam masa sama, dia juga menyifatkan Daiyan sebagai seorang  individu yang mempunyai keyakinan tinggi serta kesungguhan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Namun dia turut mengakui sedikit gerun dengan personaliti Daiyan yang disifatkannya sebagai tegas dan petah berbicara.

“Begitulah jiwa seorang ‘go getter’ bernama Daiyan. Ada sedikit garang, pandai berucap, saya pun takut sikit,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain