suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima hari tak makan, Aliff Syukri lega akhirnya dapat semula akaun TikTok

Aliff dilihat sudah kembali bersiaran sejak pagi Ahad.

USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila akaun TikTok miliknya kembali dibenarkan membuat siaran langsung selepas disekat selama lima hari.

Aliff, 39, berkata, tempoh berkenaan memberi kesan kepada emosi dan rutin hariannya sehingga menyebabkan dia hilang fokus.

"Saya kembali selepas lima hari tak buat siaran langsung. Syukur Alhamdulillah kepada pengurus TikTok saya yang membantu mendapatkan semula akses akaun TikTok saya.

Aliff sebelum ini memaklumkan akaun TikToknya disekat selama lima tahun.

"Jujurnya, lima hari saya tak makan, saya tak fokus dan rasa sangat down. Tapi rezeki saya, Allah nak tolong," katanya di Instagram.

Dalam masa sama, Aliff turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat sepanjang berdepan ujian tersebut.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dan banyak memberi semangat ketika saya jatuh. Sekarang saya kembali," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berkurung dalam bilik, menangis akaun TikTok kena sekat... Dedah kerugian hampir RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri simpan hasrat ‘lamar’ Siti Nurhaliza, sedar tak mampu bayar Biduanita Negara sebagai duta

Menjengah ke ruangan komen rata-rata turut meluahkan rasa syukur selain berharap usahawan berkenaan lebih berhati-hati selepas ini.

Sebelum ini, Aliff menerusi temubual bersama mStar memaklumkan dia mengalami kerugian hampir RM1 juta susulan akuan TikTok miliknya disekat.

Katanya dia terpaksa menerima hakikat tindakan dikenakan namun mengakui platform tersebut menjadi antara medium utama dia melakukan jualan produk milik syarikatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain