suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa Munir Akhunov? Abby Abadi jawab spekulasi kembali dapat menantu... “Paling penting dia single”

Gambar Abby bersama Munir dan Marissa mencetuskan tanda tanya ramai.

MENJAWAB pertanyaan mengenai hubungan anaknya dengan seorang model dan personaliti media sosial, pelakon Abby Abadi dilihat seolah-olah memberi restu dan mendoakan yang terbaik buat Marissa Dania.

Malah, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, turut memberitahu dia sedia berkongsi lanjut sekiranya anaknya kembali bertemu jodoh dengan lelaki yang dikenali sebagai Munir Akhunov itu.

"Doakan yang baik-baik ya. Nanti sampai masa, kalau ada jodoh saya kongsi," katanya.

Abby menjawab pertanyaan pengikut di Instagram. 

Abby memberikan jawapan tersebut apabila ditanya oleh netizen mengenai Munir yang dikatakan bakal menjadi menantunya.

Menjawab satu soalan lain, pelakon itu turut menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat Munir tidak memiliki ciri-ciri lelaki pilihan sehingga dilabel sebagai red flag.

"Biasalah manusia, ada yang suka dan ada yang tidak. Itu perkara biasa. Dengki-dengki pun biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tepis hubungan dengan Marissa berantakan 

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah” - Abby Abadi lega kemelut perkahwinan Marissa selesai

"Tak mungkin kita mampu nak puaskan hati semua. Paling penting dia single dan tak terkait dengan kehidupan orang lain," ujarnya.

Sebelum ini, hubungan Marissa dan Munir menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama selain berkongsi semula (repost) beberapa hantaran di TikTok.

Selain itu, mereka juga dilihat menemani Abby ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Abby turut berkongsi gambar Marissa dan Munir keluar bersama. 

Untuk rekod, Marissa pernah berkahwin dengan pempengaruh Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023.

Rumah tangga mereka berakhir pada 23 Jun lalu selepas mahkamah memutuskan lafaz cerai yang dibuat Aslam terhadap Marissa sebelum ini adalah sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain