PELAKON dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa syukur selepas kemelut rumah tangga melibatkan anaknya, Marissa Dania, akhirnya selesai.Memuat naik tangkap layar sebuah laporan media, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan hanya menulis ungkapan 'Alhamdulillah' pada hantaran berkenaan. Pada pagi Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur memutuskan Marissa bukan lagi isteri kepada pempengaruh Ahmad Aslam.Mahkamah putuskan Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri. Hakim Syarie, Nadiah Khamis, memutuskan lafaz cerai yang dibuat sebelum ini adalah sah dan perkahwinan pasangan berkenaan terbubar.Sementara itu, meninjau ruangan komen, netizen turut mengharapkan Marissa dapat kembali bangkit membina hidup baharu selepas melalui fasa perceraian."Semoga apa yang berlaku mematangkan Marissa.ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania terus pulang selepas prosiding cerai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam reda berpisah dengan Marissa, mohon hentikan kecaman"Nak tumpang gembira juga. Semoga Marissa jumpa jodoh yang selayaknya," komen netizen.Sebelum ini, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa pada 10 Mac lalu.Mereka bernikah di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023 dan menjadi perhatian ramai kerana status Aslam sebagai suami kepada Umisya Mazlan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!