ANAK usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B berharap ibunya tidak terburu-buru membuat keputusan untuk kembali berumah tangga sekiranya bertemu calon yang sesuai.Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata mana-mana lelaki yang ingin mendekati ibunya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk saling mengenali sebelum memikirkan soal perkahwinan. "Saya sayang mama dan belum bersedia untuk berpisah dengannya. Kami tidur sekali, jadi kalau ada lelaki dalam hidup mama nanti, takkan saya nak tidur di tengah pula.Cik B belum sedia berjauhan dengan ibunya."Jadi saya rasa mama milik saya. Boleh berkawan atau bercinta, tetapi kenal hati budi dahulu. Kenal lebih tiga bulan, selepas itu barulah fikir perkara lain," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Cik B tidak menolak dakwaan bahawa ibunya sering menjadi perhatian ramai lelaki yang ingin mendekatinya, termasuk seseorang yang enggan didedahkan identitinya.Menurutnya, Vida kini berada pada fasa kehidupan yang tidak memerlukan kehadiran lelaki lagi kerana sudah banyak melalui pengalaman pahit melibatkan hubungan sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Vida senyum-senyum tengok video Fazley? Cik B bongkar ‘rahsia’ hubunganARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B terima kejutan Lamborghini sempena ulang tahun - “Sebelum ini mama sudah belikan Brabus”"Saya rasa kalau nak bersama mama, orang itu kena lebih berjaya daripada mama supaya dia boleh berehat dan goyang kaki di rumah."Sebab cinta itu buta. Kadang-kadang mama tak nampak seseorang itu 'red flag'. Bila kita cintakan seseorang, memang kita tak nampak keburukannya tetapi orang luar boleh nampak," ujarnya.Sementara itu, Vida atau Hasmiza Othman mengakui dia kini berada dalam fasa bahagia, namun kebahagiaan itu lebih banyak dikongsi bersama Cik B yang semakin rapat dengannya sejak kebelakangan ini.Kemesraan Vida dan Fazley jadi perhatian ramai.Menurut Vida, sepanjang 10 minggu lalu mereka banyak meluangkan masa bersama termasuk tidur dan makan bersama walaupun menetap di tingkat berbeza di kediaman mereka."Adakah saya ini janda meletup? Memang ramai yang cuba menghimpit tetapi mereka datang dan pergi. Apa-apa pun, saya sentiasa terbuka sekiranya ada perkara yang baik mendekati saya," kongsinya.Sebelum ini, hubungan Vida bersama penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin mesra.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!