PENYAMPAI radio Ajak tidak menyangka ada dalam kalangan pekerja di restoran miliknya sanggup melakukan penipuan dengan mengaut keuntungan daripada wang pelanggan.Kata Ajak atau Mohd Hanffi Eazak, 40, staf berkenaan menggunakan taktik meletakkan kod imbasan QR akaun peribadi ketika pelanggan membuat bayaran. Perkara tersebut disedari selepas dia sendiri menerima maklum balas menerusi mesej aduan di media sosial.Perkongsian Ajak di Threads. "Ada pelanggan yang pergi makan memberitahu mereka perlu membuat bayaran ke akaun peribadi. Pelik juga dan apabila diperiksa, memang ada juruwang buat macam itu. Staf tersebut dah pun tertangkap," katanya ketika dihubungi mStar.Ajak sebelum itu berkongsi perkara tersebut di laman Threads miliknya bagi menasihati orang ramai agar tidak menerima nasib yang sama.Tambahnya, kejadian yang berlaku juga menjadi pengajaran pemilik restoran untuk lebih berhati-hati terhadap pekerja sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Ajak pernah rasa hidup susah, video beri bantuan bukan ‘content’ kosong... Kini dalam usaha bangunkan yayasan sendiri ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan tegur harga sambal udang cekik darah, Ajak Shiro kekal tenang... “Dalam masakan itu ada juga petai”Bagaimanapun, dia meminta orang ramai agar tidak terus meletakkan kesalahan kepada semua kakitangan yang berkhidmat di restoran Bumbu Babah miliknya."Pengalaman ini mengajar saya tentang taktik mereka untuk mendapatkan duit tambahan demi simpanan hari tua. Ada yang berani letak QR sendiri."Bukan semua staf buat macam ini dan ia bukan berlaku di restoran saya sahaja.Ajak nasihat pelanggan semak nama akaun di imbasan QR. "Saya pun tak mahu orang ingat semua staf Bumbu Babah tidak jujur. Ramai lagi yang baik dan jujur," jelasnya.Dalam hantaran yang dikongsi di Threads, Ajak juga memberitahu dia tidak memasang sistem rakaman litar tertutup (CCTV) kerana percaya akan kejujuran setiap pekerja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!