suria

Ajak pernah rasa hidup susah, video beri bantuan bukan ‘content’ kosong... Kini dalam usaha bangunkan yayasan sendiri

Ajak enggan ambil pusing akan pandangan negatif terhadapnya.

IKHLAS dalam memberi bantuan, penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro tidak pernah mengambil pusing terhadap pandangan sesetengah pihak yang menganggap perkongsiannya di media sosial sekadar ‘konten’.

Sebaliknya, kata Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 40, keterbukaannya membantu ramai orang adalah kerana pengalaman sendiri yang pernah melalui waktu sukar sebelum berjaya.

“Ramai lagi yang saya bantu, bukan hanya apa yang anda lihat di media sosial sahaja.

Ajak harap usahanya dapat dijadikan contoh. 

“Saya ini anak orang susah. Saya tahu bagaimana rasa susah itu selain bekerja mencari duit hari ini untuk makan pada hari yang sama.

“Jika ada yang kata semua itu sekadar konten, saya tidak pernah ambil kisah,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, setiap usaha yang dilakukan itu juga menjadi dorongan kepada lebih ramai individu yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak tak kisah perniagaan makanan dikritik, tak sangka terima Malaysia Book of Records... “Saya suka pandangan orang tapi bukan hinaan” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan tegur harga sambal udang cekik darah, Ajak Shiro kekal tenang... “Dalam masakan itu ada juga petai”

Justeru, Ajak berharap orang ramai tidak melihat perkara tersebut sekadar perkongsian kosong di media sosial.

“Ada yang tidak suka saya buat begitu. Jangan pandang apa yang saya buat, tetapi cubalah jadi seperti itu.

“Mungkin sekarang hanya ada seorang Ajak dan selepas ini akan ada 100 orang Ajak,” ujarnya.

Bagi meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan, Ajak kini sedang membangunkan sebuah yayasan sendiri.

Ajak mahu bantu lebih ramai golongan memerlukan. 

Dengan cara itu, dia dapat menyasarkan lebih ramai golongan untuk menerima bantuan.

“Sebelum ini saya membantu orang dengan menggunakan duit sendiri. Apabila ada yayasan nanti, saya boleh membantu lebih ramai supaya ada dana ke arah tersebut.

“Kalau sudah ada yayasan nanti, anda semua akan melihat lebih banyak video,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Rezeki Iskandar Ismail juara GV12