PENYANYI Iskandar Ismail muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.Iskandar, 47, menewaskan lima peserta lain menerusi persembahan lagu Madah Berhelah nyanyian asal penyanyi Ziana Zain. Dalam ucapan kemenangan, Iskandar meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan peminat serta kepercayaan yang diberikan oleh barisan juri sepanjang pertandingan berlangsung.“Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga juri yang sangat bertauliah. Persembahan Iskandar mendapat pujian juri. “Saya harap kepada semua janganlah kita ada sikap kebencian antara satu sama lain. “Terima kasih kepada isteri saya yang berada di sini dan buat peminat semua yang tak henti-henti memberikan sokongan,” katanya. Juri tetap iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan Iskandar pada malam akhir GV12 adalah seperti sebuah persembahan konsert.“Konsep sangat bagus. Persembahan ganas, menyanyi pun ganas. ARTIKEL BERKAITAN: Impian Shae ke final GV12 tidak kesampaian, enam peserta berjaya termasuk Nubhan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan tidak langgar peraturan, kekal bertanding dalam Gegar Vaganza 12“Awak menyanyi seperti untuk konsert. Awak beri semuanya dalam persembahan. Saya bagi air sebab takut awak pengsan. “Nada terlalu tinggi tidak seperti masa latihan, apa pun well done,” katanya. Selain itu, persembahan duet Iskandar bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Senja Nan Merah nyanyian asal Awie dan Ziana Zain turut menerima sorakan gemuruh daripada penonton di auditorium.Kemenangan tersebut melayakkan Iskandar membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.Mendua akur di tempat kedua. Mendua pula muncul selaku naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Nubhan yang membawa pulang RM30,000 berserta trofi.Tempat keempat menjadi milik Mark Adam manakala Mel Sakura ditempat kelima dan Ruri Republik terpaksa berpuas hati ditempat terakhir.Kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.Nubhan mendapat tempat ketiga. Pada peringkat akhir, kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu persembahan solo, duet bersama penyanyi jemputan dan pusingan battle antara peserta.Menerusi segmen Duet Vaganza, penyanyi jemputan termasuk Datuk Seri Rossa, Aina Abdul, Marsha Milan, Fadly Padi, dan Sunu Matta Band masing-masing turut membawakan persembahan solo untuk menghiburkan penonton.Persembahan pentas akhir GV12 dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Malam akhir GV12 turut diserikan dengan persembahan penyanyi jemputan Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Penghujung Rindu dan Kau Lupa Janji. GV12 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube