SUAMI kepada pelakon Nadia Kesuma, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah bersama anak perempuannya dijadualkan berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 5.35 petang Ahad. Mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Jeddah bagi menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham di negara itu. Menurut Muhammad Kamarul, beliau telah dihubungi oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) pada malam Sabtu bagi memaklumkan perkembangan berkaitan perkara tersebut.Nadia dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung."Wisma Putra ada menghubungi saya malam tadi (Sabtu) dan maklumkan tentang perkara ini (berita kematian). "Untuk keterangan lanjut saya minta maaf kerana segala kenyataan akan dibuat oleh Wisma Putra. "Saya dan anak perempuan akan ke Jeddah pada 5.35 petang ini (Ahad)," katanya kepada Sinar Harian. ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma rebah di lapangan terbang sebelum dikejarkan ke hospitalARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Nadia Kesuma hilang di Jeddah rupanya meninggal dunia akibat sakit jantungSebelum ini berita kematian Nadia disahkan oleh Muhammad Kamarul dan anaknya yang memaklumkan perkara tersebut selepas pelakon itu gagal dikesan. Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital King Fahd.Nadia sebelum ini dilaporkan hilang selepas tiba di Jeddah sebagai destinasi transit sebelum berangkat ke London. Dia mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan turut disertai oleh jemaah lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube