PELAKON Nadia Kesuma dilaporkan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut menerusi hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang itu. "Dia rebah akibat serangan jantung di dalam lapangan terbang dan dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa," jelas kenyataan yang diberikan. Allahyarham Nadia atau Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.07 pagi waktu tempatan pada 15 Januari lalu. Nadia dilaporkan rebah di lapangan terbang. Seniman turut memberitahu suami kepada Allayarham iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan akan bertolak ke Jeddah pada petang Ahad untuk menguruskan jenazah sekali gus memberikan penghormatan terakhir kepada isteri. Dalam masa sama, pihaknya turut meminta agar masyarakat menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengguris hati keluarga arwah.Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital King Fahd dan akan dikebumikan di Jeddah.ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak sabar tatap wajah jenazah Nadia Kesuma, anak menangis tak dapat ikut ke Jeddah… Kongsi makanan kegemaran arwah ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Nadia Kesuma hilang di Jeddah rupanya meninggal dunia akibat sakit jantungSebelum ini berita kematian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya yang memaklumkan perkara tersebut selepas pelakon itu gagal dikesan. Nadia sebelum ini dilaporkan hilang selepas tiba di Jeddah sebagai destinasi transit sebelum berangkat ke London. Dia mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan turut disertai oleh jemaah lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube