BERITA pemergian pelakon Nadia Kesuma yang disahkan meninggal dunia di Jeddah mengejutkan ramai pihak termasuk rakan artis.Bagi pelakon Anne Abdullah, 54, meskipun reda, namun perasaan sedih tatkala mendapat tahu tentang kehilangan rakannya itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Malah, hatinya juga bagai terdetik untuk terbang terus ke Jeddah bagi melihat Allahyarham buat kali terakhir.Anne (kiri) akan sentiasa merindui Nadia. “Saya diberitahu oleh suami arwah dan memang sangat terkejut. Memang kita reda, namun masih sukar untuk menggambarkan kehilangan seorang sahabat. Bukan mudah untuk menerima kenyataan ini.“Selepas dapat tahu, saya pun ada terfikir untuk terbang ke Jeddah. Kalau boleh, saya sendiri mahu tahu kejadian yang berlaku sebelum arwah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.Berita kematian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada 15 Januari lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung ARTIKEL BERKAITAN: “Dia adalah isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia” - Suami kongsi luahan pilu, jenazah Nadia Kesuma akan dikebumi di JeddahBercakap tentang persahabatan antara mereka yang sudah terjalin sejak lebih 20 tahun lalu, Anne memberitahu Allahyarham tidak pernah bercerita tentang masalah kesihatan atau mengalami sakit jantung.“Setahu saya, dia memang tiada sejarah sakit jantung. Dia seorang yang aktif dan menjaga pemakanan. Cuma kebelakangan ini dia ada memberitahu mudah terkejut.“Kali terakhir kami berjumpa pada hujung tahun lalu. Arwah tinggal di Pulau Pinang, namun jika dia datang ke Kuala Lumpur, kami memang akan berjumpa,” ceritanya. Saya juga sentiasa berdoa agar arwah ditemukan dalam keadaan baikANNE ABDULLAH PELAKON Anne dalam masa sama meluahkan rasa syukur kerana usaha mencari Allahyarham yang dilaporkan hilang sebelum ini dapat dilakukan dalam masa singkat.“Sejak berita arwah hilang, saya memang tidak senang tidur. Pelbagai usaha dibuat untuk mengesan arwah. Saya juga sentiasa berdoa agar arwah ditemukan dalam keadaan baik, tidak kira masih hidup atau telah meninggal dunia.“Syukur semuanya berjalan lancar,” luahnya.Nadia disahkan meninggal dunia di Jeddah. Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta sebelum ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.Dia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam.Namun begitu, Nadia tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube