SUAMI kepada pelakon Allahyarhamah Nadia Kesuma, Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menyifatkan isterinya itu seorang insan yang taat, penyayang, ikhlas dan setia. Muhammad Kamarul berkata, dia bersyukur apabila dapat menghantar isterinya ke destinasi terakhir yang ingin dikunjungi dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. "Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Wahai insan tersayang, aku akan sentiasa merinduimu. "Aku bersyukur kerana dapat menghantar ke destinasi terakhirmu. Aku mencintaimu, insya-Allah kita akan bertemu kembali, mudah-mudahan di Jannah.Muhammad Kamarul menyifatkan arwah seorang isteri yang taat dan setia."Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripadaMu dan kepadaMu juga kami kembali. Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia. "Ya Allah, Engkau telah menjanjikan syurga kepada mereka yang taat kepada suami dan mereka boleh memasukinya melalui mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki. Sesungguhnya, dia milikMu ya Allah. Maka sempurnakanlah janjiMu," tulisnya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya. Difahamkan jenazah Nadia akan dikebumikan di Jeddah. ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantungARTIKEL BERKAITAN: Ke mana Nadia Kesuma menghilang, dikesan sudah tinggalkan lapangan terbang JeddahMemetik laporan portal berita Kosmo!, Muhammad Kamarul akan bertolak ke Jeddah bersama anak perempuannya pagi ini.Jenazah Nadia kini dilaporkan berada di Hospital King Fahad.Terdahulu anak perempuan Nadia dikenali Myra memaklumkan ibunya meninggal dunia pada 15 Januari lalu akibat sakit jantung di aplikasi Threads. Suami Nadia sentiasa berkongsi perkembangan isterinya yang dilaporkan hilang di Jeddah sejak 15 Januari lalu. Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta sebelum ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.Dia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam.Namun begitu, Nadia tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.