suria

Ben Amir kini sah bergelar suami

Ben (kiri) dan Liana selamat bernikah pada Disember 2025.

DESAS-DESUS pernikahan pelakon Ben Amir akhirnya terjawab apabila mengumumkan dia dan pasangannya, Liana Alara telah selamat mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 37, berkata dia bersyukur kerana sudah selamat diijab kabul bersama isteri dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025.

Ben (kiri) dan Liana kini sah bergelar suami isteri.

"Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua," katanya. 

Ben berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad. 

Dalam perkongsian itu, Ben turut berkongsi foto dia dan isteri dipercayai dirakam semasa akad nikah yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir suka buat kejutan! Betul ke dah kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir pilih nama Liana Alara selepas sah peluk Islam

Sebelum ini, beberapa perkongsian foto Ben di Instagram menimbulkan tanda tanya ramai sekali gus memberi gambaran seolah-olah dia sudah mendirikan rumah tangga. 

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar sebelum ini, Ben tidak memberi sebarang respons mengenai isu tersebut.

Pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan