suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Amir suka buat kejutan! Betul ke dah kahwin?

Perkongsian Ben di Instagram mencuri tumpuan ramai.

PERKONGSIAN foto yang dimuat naik oleh pelakon Ben Amir menimbulkan tanda tanya ramai seolah-olah sudah selamat mendirikan rumah tangga. 

Lengkap berbusana seperti pasangan pengantin, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 36, bagaimanapun hanya meletakkan kapsyen ringkas pada gambar dia bersama kekasihnya iaitu Liana Alara. 

"Tunggu bot sekejap," tulisnya pada hantaran dengan latar belakang berada di sebuah jeti. 

Ben ketika menemani Liana melafazkan dua kalimah shahadah. 

Hantaran itu juga turut disertakan dengan lokasi Pulau Siargau, Filipina di mana tempat Ben kini menetap. 

Pada hantaran tersebut Ben turut menyebut nama pereka fesyen Zaimi Zulkafli dipercayai yang menyiapkan busananya bersama Liana. 

Ben bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tentang gambar tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir pilih nama Liana Alara selepas sah peluk Islam 

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu bergelar mualaf, kekasih Ben Amir diserang netizen kerana penampilan… “Tak boleh dedah aurat bila peluk Islam”

Perkongsian itu mendapat banyak komen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. 

Pada November tahun lalu, Liana yang merupakan warga Filipina memeluk agama Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur. 

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Ben bagaimanapun tidak berhasil apabila panggilan dan mesej tiada jawapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain