BAHARU seminggu memeluk Islam, wanita yang dipercayai kekasih Ben Amir iaitu Maiya diserang netizen gara-gara penampilannya yang tidak menutup aurat.
Maiya atau nama Islamnya Liana Alana berkata netizen mula mengharapkan dia menjadi muslimah sejati walaupun baru bergelar mualaf.
“Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya jadi versi lengkap, naik taraf penuh, macam dah 100% siap," katanya.

Hantaran yang dibuat oleh Maiya berserta tangkap layar hantaran mesej.
Maiya berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya.
Luahan itu dipercayai dibuat selepas menerima mesej daripada netizen yang menegurnya tentang aurat selepas bergelar Islam.
Menerusi mesej yang diterima, Maiya dikatakan tidak seharusnya mendedahkan aurat selepas memeluk Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir pilih nama Liana Alara selepas sah peluk Islam
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir peluk Islam, netizen dakwa hari bahagia dah nak dekat
"Liana, rambut itu aurat. Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam," ujar individu tersebut.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta Maiya agar tidak melayan mesej yang berbentuk negatif.
Mereka sebaliknya berharap Maiya dapat melakukan perubahan secara perlahan dan tidak terburu-buru.
Pada 10 November lalu, Liana ditemani Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


