suria

Aireena tak pernah menyesal kahwini Haqiem Stopa, sering bertanya kekurangan diri… “Saya tak cukup jadi gatal ke?”

Aireen mengaku masih isteri kepada Haqiem.

PERSONALITI media sosial, Aireena Sofia menegaskan dia tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pempengaruh, Haqiem Stopa.

Menurut Aireena, 21, apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka dianggap sebagai satu pengajaran yang mematangkan dirinya.

"Dah nama pun jodoh, saya tak pernah menyesal berkahwin dengan dia. Tak pernah menyesal ada anak bersama.

Luahan yang dikongsikan Aireena di siaran langsung TikTok.

"Saya anggap dalam hidup ini adalah satu pengajaran dan belajar daripada benda itu. Saya terima saja.

"Kadang bila rasa sakit hati ada juga rasa menyesal tapi lama-lama tak ada rasa menyesal itu. Saya bersyukur kahwin dengan dia," katanya.

Aireena berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aireena dakwa Haqiem Stopa curang lagi, ditinggalkan sejak dalam pantang… “Perempuan itu baru 18 tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curang, Haqiem Stopa tunggu masa sesuai beri kenyataan… Bakal kemuka bukti

Mengulas status rumah tangga, Aireena berkata dia masih lagi isteri yang sah kepada Haqiem meskipun kini tidak tinggal sebumbung.

"Saya masih bergelar isteri dan tidak pernah cakap sudah bergelar ‘j’ (janda)," ujarnya.

Sepanjang bergelar isteri, Aireena berkata dia sentiasa melayani suaminya dengan ikhlas walaupun terkilan dengan apa yang sudah berlaku. 

Jelasnya, dia juga terfikir kemungkinan kekurangan diri menjadi punca perubahan suaminya.

Aireena anggap setiap ujian sebagai pengajaran buat dirinya.

"Kasih sayang saya tak pernah palsu. Layanan terhadap dia pun tak palsu. Saya tak tahu apa yang tak cukup, mungkin saya dah beranak badan saya lain kot. 

"Mungkin masa saya mengandung hidung saya besar, tak bersiap kerana malas. Kadang bila jadi macam ini saya akan rasa tak cukup, tapi apa lagi yang tak cukup? 

"Tak cukup jadi gatal ke? tak cukup jadi yang terbaik ke? Ke saya tak pandai main motosikal. Saya peliklah apa lagi yang tak cukup, Saya dah lahirkan anak dia," luahnya.

Pada 16 November lalu, Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem sekali lagi berlaku curang.

Aireena dan Haqiem mempunyai seorang cahaya mata.

Malah Aireena mendakwa suaminya itu kini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.

Sebelum ini, Aireena memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status rumah tangga mereka yang dikhabarkan bergolak, selain enggan mengulas sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau sebaliknya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain