SELEPAS sah memeluk Islam, wanita yang dipercayai kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya kini memperkenalkan nama panggilannya yang baharu.
Maiya memilih nama Liana Alara yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baharu kehidupannya.
"Nama Islam saya ialah Liana Alara, nama yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baharu hidup saya.

Liana bersyukur memulakan fasa baharu dalam hidup.
"Alhamdulillah untuk permulaan baru ini. Bersyukur dengan semua kasih saya pada hari istimewa ini," katanya.
Liana berkongsi perkara tersebut dalam hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Menerusi pencarian, Liana juga membawa maksud kehalusan atau kelembutan.
Pada Isnin, Liana ditemani Ben untuk hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir peluk Islam, netizen dakwa hari bahagia dah nak dekat
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita Filipina tawan hati Ben Amir, keputusan hijrah bukan kerana kekasih
Meluahkan saya syukur, Liana dalam masa sama turut mengucapkan penghargaan buat insan terdekat yang banyak memberi sokongan terhadap dirinya.
"Hari yang sangat menyenangkan dalam keadaan begitu indah. Saya dapat merasakan kasih sayang dan sokongan semua dalam, hati saya sungguh bermakna.
"Terima kasih kerana menerima saya dalam babak baru hidup ini. Doa, ucapan dan pelukan lebih bermakna dari kata-kata yang boleh saya lafazkan," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


