GELAGAT aktres jelita, Nur Fazura menyapa seorang pekerja wanita di sebuah rangkaian minuman popular pada Isnin menerima pujian ramai.
Menerusi video yang tular, Fazura dilihat menegur pekerja tersebut di kaunter pandu lalu (drive-thru) hingga membuatkan wanita itu tergamam.
Lebih mencuit hati, pekerja berkenaan seakan-akan tidak percaya apabila individu yang disapa itu ialah Fazura.

Fazura turut meluangkan masa bergambar dengan pekerja tersebut.
Tidak hanya mesra, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga sudi meluangkan masa bergambar dengan pekerja tersebut.
Tindakan Fazura itu mendapat pujian netizen apabila menyifatkan dia seorang selebriti yang merendah diri dan sentiasa menghargai peminat.
"Fazura sangat merendah diri.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gembira bersama Fatima” - Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah buang semua jauh-jauh” – Puteri Zarith akui hubungan dengan Fazura sudah lama berakhir, tak ambil hati isu video tular bekas suami
"Kalau aku pun terkejut jumpa Fazura.
"Rezeki pekerja itu jumpa Fazura
"Comelnya reaction dia," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


