suria

Jawab dakwaan tak suap anak, isteri Nubhan pilih kaedah ‘baby-led weaning’ dalam mendidik

Dr Afifah pilih pendekatan bayi makan sendiri dalam mendidik anak-anak.

ISTERI kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memilih pendekatan bayi makan sendiri (baby-led weaning) dalam mendidik anak-anak seawal usia enam bulan.

Menurut Dr Afifah, kedah tersebut dipilih bukan kerana ingin mengabaikan anak-anak, sebaliknya mendidik mereka menjadi lebih berdikari dan bersedia berdepan apa jua situasi kelak.

"Saya mula menggalakkan anak kecil saya untuk makan sendiri sejak usia enam bulan. Bukan kerana saya ingin terburu-buru.

Luahan hati Dr Afifah jadi perhatian netizen.

"Tetapi kerana saya percaya sifat berdikari itu perlu dipupuk sejak awal sekurang-kurangnya jika hidup ini penuh ketidaktentuan. Anak-anak kita juga tahu cara menjaga diri mereka sendiri," katanya.

Dr Afifah berkongsi perkara itu di Thread miliknya pada Selasa yang sekali gus menjawab dakwaan mengenai dirinya tidak menyuap anak makan.

Tambah Dr Afifah, sebagai seorang ibu, dia banyak meluangkan masa untuk belajar dan membuat kajian tentang cara terbaik memberikan permulaan hidup yang baik kepada anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua Nubhan tampil bersuara, nafi tuntut RM5 juta daripada menantu... Bakal ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hentikan spekulasi, Nubhan rela salahkan diri sendiri... “Orang luar hanya tahu sedikit sahaja”

Katanya lagi, dia mula mengenali konsep baby-led weaning ketika memiliki anak pertama, Aaffan, namun pendekatan itu dipraktikkan dengan lebih awal terhadap anak keduanya, Afzan.

"Sebagai seorang ibu, saya banyak meluangkan masa untuk belajar dan membuat kajian tentang cara terbaik memberikan permulaan hidup yang baik kepada anak-anak saya. 

"Saya mula mengenali konsep baby-led weaning (bayi makan sendiri) ketika mempunyai Aaffan, namun bersama Afzan, saya memulakan perjalanan ini seawal usia enam bulan," kongsinya.

Bagi Dr Afifah, menjadi ibu bukan sesuatu yang datang secara semula jadi, tetapi memerlukan usaha, kesabaran dan kesediaan untuk terus belajar.

Saya temui keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden.

DR AFIFAH

ISTERI NUBHAN

Dia juga turut berseloroh mengenai salah faham sesetengah pihak terhadap pendekatannya yang tidak menyuap anak makan.

"Keibuan tidak semestinya datang secara semula jadi  kadang-kadang ia memerlukan usaha, kesabaran dan kesediaan untuk belajar. 

"Akhirnya, saya temui keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden, dan itu sempurna sama sekali.

"Yang kata Fie tak suap anak tu, tahu ke teknik ni? Tanya saja," luahnya.

Dr Afifah percaya pendekatan yang dipilih terbaik untuk anak-anak.

Rumah tangga Nubhan dan isteri menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu sebelum ini memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain