BERKONGSI perjalanan sebagai seorang ibu, pelakon Uqasha Senrose bagaikan tidak percaya kelahiran seorang cahaya mata telah banyak mengubah hidupnya.Bahkan sepanjang tempoh hamil, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mula menjadi seorang yang lebih berani dan bersyukur atas apa yang telah dilaluinya sebelum ini. “Sampai sekarang ibu masih rasa tak percaya sudah ada anak.Luahan hati Uqasha raih perhatian ramai.“Sepanjang hamil, ibu langsung tidak mengidam, tiada alahan pagi. Ibu seorang yang penakut dan tak boleh tidur seorang diri, tetapi sejak Qeyaa (panggilan anak) ada dalam perut, ibu berani tidur sendirian selama sembilan bulan.“Selalu makan seorang diri, sebenarnya hampir setiap masa. Masa Qeyaa dalam perut, ibu jadi sangat rajin memasak,” katanya.Uqasha berkongsi luahan tersebut kepada anaknya, Hawra Uqaira dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada awal pagi Selasa.Sebagai seorang ibu, Uqasha juga sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anaknya itu mendapat perlindungan terbaik.ARTIKEL BERKAITAN: Tidur hanya dua jam, Uqasha Senrose kuat demi anak... Bangun awal pagi terus kerja ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose mohon maaf… “Saya tidak patut bercakap tentang perkahwinan secara umum”“Uqaira adalah nyawaku. Ibu akan lakukan apa sahaja untuk melindungi kamu, walau nyawa sekali pun... ibu sanggup. Tak perlu orang kesian kepada kita. Ibu ada kamu dan kamu ada ibu.“Suatu hari nanti awak akan melalui zaman remaja, bertemu seseorang dan tinggalkan ibu. Tetapi ingat, ibu telah lakukan yang terbaik untuk membesarkan dan melindungi awak supaya hidup awak selamat.“Maafkan jika ibu bukan yang sempurna. Tapi percayalah sayang, sejak Qeyaa lahir ibu mula belajar menjadi orang yang baik buat kamu. Qeyaa amanah Allah untuk ibu jaga,” luahnya.Lebih menyentuh emosi, dia sempat menitipkan pesan buat Uqaira agar menjadi anak yang solehah dan menghargai setiap saat bersama.Uqasha belajar jadi ibu terbaik buat Uqaira.“Jadilah anak yang solehah, ya sayang. Kita sama-sama belajar mengaji dan solat.“Apa pun yang berlaku nanti, kamu tetap anak ibu, rezeki paling berharga dalam hidup ibu,” ujarnya.Uqaira merupakan hasil perkongsian hidup Uqasha bersama suaminya, iaitu aktor Kamal Adli.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan mereka dikurniakan cahaya mata pada April 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube