PELAKON Fazura meluahkan rasa syukur dengan kehidupan kini sebagai seorang ibu membesarkan anaknya. Menulis ringkas dalam ruangan komen di Threads, kata Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, juga memberi gambaran kebahagiaan bersama cahaya mata tersayang. "Saya adalah wanita bersyukur dan gembira bersama cinta hati saya, Fatima di sini," katanya. Fazura hargai kebimbangan peminat.Komen tersebut ditulis membalas kepada hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengikut di laman berkenaan. Menerusi mesej yang disampaikan, pemilik akaun bernama Iamfarahanaamira mendoakan agar Fazura terus kuat menjalani kehidupannya kini. Malah status sebgai ibu tunggal juga dilihat sebagai satu perjalanan yang cukup indah untuk mencipta lebih banyak memori bersama Fatima. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dah kenal pasti pemfitnahARTIKEL BERKAITAN: Fazura hadir di pejabat SKMM, tunjuk bukti komen netizen"Saya cuma ingin mengingatkan bahawa bersendirian bukanlah satu kelemahan. Ia adalah peluang untuk menemui lebih banyak kekuatan, mencipta kenangan indah bersama Fatima yang tersayang, dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna. "Anda adalah seorang wanita dan ibu yang hebat, yang layak mendapat seorang lelaki yang menghormati, menghargai, dan memberikan anda cinta serta kebahagiaan yang anda layak terima. "Teruskan kuat, teruskan anggun, dan ketahuilah bahawa hari-hari yang lebih cerah sedang menanti anda dan Fatima. Sentiasa di pihak anda dan sayang anda," ucapnya. Fokus Fazura kini lebih kepada Fatima.Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube