suria

Janna Nick berhijrah ke luar negara, balik kampung ziarah datuk dan nenek sebelum berangkat

Janna sempat bermanja dengan datuk dan neneknya.

PELAKON Janna Nick memaklumkan dia dan suaminya, aktor Dini Schatzmann bakal berpindah ke luar negara buat sementara waktu dalam masa terdekat.

Sebelum berangkat, Janna atau Nurul Jannah Muner, 30, sempat menziarahi datuk dan neneknya yang menetap di Kedah.

Mereka meluangkan masa bersama sambil menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh Janna bersama neneknya. 

Janna masuk dapur bantu neneknya.

"Tinggal beberapa hari lagi sebelum kami pindah ke luar negara.

"Balik kampung, sebelum kita pindah jauh dari sini nak ucap selamat tinggal tapi bukan selamanya," katanya,

Janna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya namun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penghijrahaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun kelahiran, Janna Nick betul-betul berharap dikurniakan anak

Dalam video tersebut memaparkan Janna sempat menjamah air tangan neneknya dengan penuh berselera. 

Baginya itu juga bakal menjadi kenangan buat mereka berdua apabila berjauhan kelak. 

"Tok (panggilan nenek) cakap dia tak larat masak tapi masih degil nak juga. Dulu lauk penuh atas meja, sekarang Tok dah tak ada daya, tak ada kudrat lagi tapi rasa masih sama," kongsinya.

Janna menjamu selera masakan neneknya.

Janna turut berkongsi gelagat datuknya yang teruja melihat kepulangannya selain berkongsi kesihatan yang dikatakan semakin uzur.

Menurut Janna, pada bulan lalu datuknya itu mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dirawat di hospital.

"Tok wan (panggilan datuk) pula teruja setiap kali cucu dia balik. Perangai Dini sama macam tok wan, suka berkemas tapi Tokwan dah tak larat dah. Setiap kali saya nak balik dia akan menangis.

"Terima kasih tok wan dan tok ajar angah apa itu erti kasih sayang yang sebenar," luahnya.

Puteri Sarah sedih berpisah dengan Janna.

Keputusan Janna untuk berhijrah turut diraikan rakan-rakan terdekat dalam dalam beberapa majlis tanda perpisahan mereka. 

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mengadakan majlis perpisahan untuk Janna selain mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya itu meraih perhatian ramai.

"Farewell party untuk Janna Nick, nak nangis nanti bff saya sudah tiada. Jaga diri di sana nanti. Saya pasti akan merindui awak nanti," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain