SELEPAS mengumumkan tarikh hari bahagia, rakan-rakan terdekat Amira Othman mula membuka rahsia tentang persediaan penyanyi itu bergelar isteri. Salah seorang rakan Amira iaitu Nellysa Aina turut berkongsi momen sekitar majlis 'bachelorette party' yang diadakan buat bakal pengantin. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, dilihat manis mengenakan baju berona putih di dalam sebuah majlis sederhana yang dikelilingi rakan terdekat.Rakan teruja nanti hari bahagia Amira.Menurut Nellysa, dia sudah lama menyimpan rahsia dan tidak sabar berkongsi khabar gembira itu kepada orang ramai."Lama simpan rahsia ni, akhirnya boleh post!"Kami sangat gembira untuk mu. Kamu adalah bukti nyata bahawa sabar itu manis, dan Allah sentiasa membalas hati yang sabar dengan anugerah yang paling indah," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lelaki yang baik” - Amira Othman lega kongsi berita nikah, yakin Fattah Amin pilihan tepatKata Nellysa dia pernah melihat Amira berada di titik terendah namun kini teruja melihat kebahagiaan rakannya itu.Malah dia juga mendoakan agar kebahagiaan milik Amira dan juga bakal suaminya iaitu aktor Fattah Amin."Saya pernah melihatmu di saat yang paling sukar, dan kini saya tak sabar untuk melihatmu di saat paling bahagia. Kamu benar-benar layak mendapat yang terbaik."Semoga mahligai ini sentiasa dipenuhi mawaddah, rahmah dan keberkatan dan sentiasa di dalam lindunganNya," kongsinya.Rakan mahu Amira terus bahagia.Pada petang Isnin, dunia hiburan dikejutkan dengan kejutan oleh Fattah yang membuat lamaran terbuka kepada Amira.Momen istimewa itu berlaku ketika Amira dan adiknya yang juga penyanyi Irfan Haris sedang membuat persembahan duet lagu baharu mereka berjudul Rasa & Takdir.Amira dan Fattah bakal bernikah dalam sebuah majlis yang dijadual berlangsung pada 14 September.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube