suria

Majlis nikah disiar secara langsung, 10 episod perkenalan Fattah Amin dan Amira Othman hadiah istimewa buat peminat

Fattah dan Amira ajak peminat raikan hari bahagia mereka.

KHABAR pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman yang bakal berlangsung 14 September ini mengejutkan industri hiburan. 

Lebih istimewa, hari bahagia pasangan ini turut akan disiarkan secara langsung Ahad ini bermula jam 8 malam.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Amin, 35, berkata siaran langsung itu memberi peluang peminat untuk sama-sama meraikan serta merasai kemeriahan majlis tersebut.

Fattah dan Amira akhirnya umum hari bahagia mereka.

Sementara itu, Amira memberitahu, majlis pernikahan yang boleh ditonton secara percuma Ahad ini diharap berjalan dengan lancar. 

“Seluruh rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma. Persiapan kini sedang giat dilakukan. 

Doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar,” ujarnya.

Majlis yang dinanti-nantikan peminat ini pastinya menjadi momen bersejarah buat pasangan ini selain menjadi sorotan utama dunia hiburan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lelaki yang baik” - Amira Othman lega kongsi berita nikah, yakin Fattah Amin pilihan tepat

Siaran langsung majlis pernikahan ini boleh ditonton menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118). 

Selain itu, peminat juga boleh mengikuti dokumentari khas 10 episod Setulus Takdir: Fattah Amira yang mula ditayangkan sejak 8 September lalu di platform sama.

Dokumentari tersebut turut menyingkap perjalanan cinta pasangan ini bermula daripada detik perkenalan sehinggalah bergelar suami isteri.

Lokasi perkahwinan Fattah dan Amira masih lagi dirahsiakan.

Pada petang Isnin, dunia hiburan dikejutkan dengan kejutan oleh Fattah yang membuat lamaran terbuka kepada Amira.

Momen istimewa itu berlaku ketika Amira dan adiknya yang juga penyanyi Irfan Haris sedang membuat persembahan duet lagu baharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain