suria

Mira Filzah dah lali, lebih selesa berdiam terima komen buruk

Mira tenang berdepan komen buruk di sosial media.

SEBAGAI seorang selebriti, Mira Filzah tidak dapat lari daripada komen-komen keterlaluan di media sosial yang boleh disifatkan sebagai buli siber.

Namun bagi Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 33, perkara itu tidak lagi memberi kesan besar buat dirinya kerana sudah cukup berpengalaman menjalani kehidupan dalam dunia seni.

"Sudah 10 tahun dalam industri, saya rasa ia tak memberi kesan. Saya seperti sudah lali," katanya ringkas.

Mira tahu cara berdepan kecaman di sosial media. 

Mira ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Akad Yang Hilang di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Tambah pelakon ini, dia juga mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah sebegitu agar tidak menjadi bahan bualan dalam kalangan pengikut di media sosial.

Bagi Mira, berdiam adalah langkah terbaik kerana percaya setiap cerita buruk atau tidak benar hanya akan diperkatakan dalam tempoh singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tidak konsisten bersenam, tapi ada cara ‘unik’ untuk paksa diri ke gim 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung dah masuk usia 3 tahun, Mira Filzah sedia terima rezeki cahaya mata kedua

"Saya ambil pendekatan tidak memberi komen atau membalas. Apabila melihat sesuatu tentang saya, mungkin orang lain belum nampak lagi. Jadi saya pilih untuk tidak membalas.

"Ada sahaja yang bercakap tidak baik, tetapi saya hanya berdiam dan biarkan ia berlalu," jelasnya.

Dalam masa sama, Mira juga memberitahu dia tidak dapat lari daripada pihak yang menyalahgunakan wajahnya di media sosial menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Mira sedar wajahnya sering disalahguna meneruis teknik AI. 

Menyedari perkara itu sukar untuk dikawal, dia lebih senang mengambil pendekatan mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati.

"Perkara seperti ini sangat sukar dibendung walaupun laporan sudah dibuat. Kadang-kadang ada juga laporan yang ditolak.

"Saya memilih untuk mendidik pengikut supaya menilai apa yang mereka lihat dan hanya mempercayai maklumat yang sahih," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain