KONSERT Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan sekadar meraikan 30 tahun perjalanan seni Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun turut menjadi detik bersejarah buat jenama fesyen, Bianca Bella apabila busana songket rekaan mereka dipilih untuk segmen penutup konsert yang dihadiri lebih 65,000 penonton itu. Menurut pengasas bersama Bianca Bella, Muhamad Amirul Safwan Nor Don, segalanya bermula apabila pihaknya dihubungi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak untuk menyiapkan busana dengan material songket berwarna hijau. Rekaan itu diinspirasikan daripada pakaian tradisi Puteri Perak dan digabungkan dengan elemen glamor ala 'Miss World'. Rekaan songket Bianca Bella dipilih sebagai busana penutup konsert Siti.“Kami benar-benar tidak sangka. Pada saat itu, kami sedar ini bukan busana biasa. Ia adalah busana untuk satu sejarah besar. "Paling penting potongan yang kami siapkan sesuai dengan pergerakan Siti yang perlu bergerak dengan tarian dan aksi di pentas," katanya. Dalam pada itu, Amirul memberitahu dia mengambil masa hampir sebulan, untuk menyiapkan busana itu.ARTIKEL BERKAITAN: Lautan biru dan sorakan setia peminat dari seluruh rantau Asia, Siti Nurhaliza berdiri megah dengan tenaga luar biasaARTIKEL BERKAITAN: Lompat keluar daripada pentas permintaan Siti Nurhaliza, guna teknologi ‘toaster’… “Tidak pilih jalan mudah, keluar zon selesa” - Pengurus“Melihat rekaan kami dipakai pada detik penutup dan merakam momen itu secara langsung di hadapan puluhan ribu penonton adalah sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata."Malah saya dan pasukan yang terdiri daripada 10 orang semuanya masih terasa bagai mimpi apabila idola yang kami lihat ketika masih budak hingusan kini menyarung baju yang kami siapkan dan menjadi sebahagian daripada episod kerjaya seni penyanyi nombor satu negara,” katanya. Amirul Safwan turut berkongsi sisi rendah diri Siti yang sanggup membawa mesin jahit sendiri dari rumah bagi memudahkan sebarang kerja ‘alteration’ pada hari konsert.Jenama fesyen Bianca Bella teruja dapat bekerjasama dengan Biduanita Negara.“Tak mudah seorang Biduanita Negara sanggup bawa mesin jahit sendiri ke belakang pentas. Itulah sebabnya beliau disayangi semua,” katanya. Untuk rekod, butik Bianca Bella ditubuhkan pada tahun 2022 dan beroperasi sepenuhnya di Duyung, Melaka. Nama mereka mula menjadi perhatian selepas menghasilkan persalinan merah untuk Siti Nurhaliza sempena Tahun Melawat Melaka 2024, menerusi persembahan Senandung Anak Melaka dan Kurik Kundi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube