suria

Jenazah Nadia Kesuma selamat diuruskan, suami imamkan solat

Jenazah Nadia selamat diuruskan di Jeddah, Arab Saudi.

SUAMI kepada pelakon Nadia Kesuma, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah memaklumkan jenazah isterinya telah selamat diuruskan dan akan dikebumikan selepas Subuh di Jeddah, Arab Saudi. 

Menurut Muhammad Kamarul, jenazah Allahyarham dimandikan oleh anaknya, Sarah bersama rakan arwah. 

Katanya lagi, dia turut berkesempatan mengimamkan sendiri solat jenazah isterinya itu. 

Nadia meninggal dunia akibat sakit jantung.

Nadia meninggal dunia akibat sakit jantung. 

"Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah) dan rakan arwah serta sudah disembahyangkan. Diimamkan sendiri oleh saya, Alhamdulillah. 

"Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (waktu tempatan)," katanya. 

Pada Ahad, Nadia yang dilaporkan hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 15 Januari lalu meninggal dunia akibat sakit jantung. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma rebah di lapangan terbang sebelum dikejarkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Suami, anak berlepas ke Jeddah pukul 5.35 petang ini, urus pengebumian Nadia Kesuma

Berita duka itu disahkan anak perempuannya dikenali Myra menerusi Threads yang memaklumkan pemergian ibu tercinta. 

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Allahyarham dilaporkan rebah di lapangan terbang sebelum disahkan meninggal dunia.

Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya telah berlepas ke Jeddah pada pukul 5.35 petang Ahad bagi menguruskan jenazah serta urusan pengebumian di negara berkenaan.

Difahamkan, Muhammad Kamarul juga merupakan seorang pensyarah yang kini sedang bertugas di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Rezeki Iskandar Ismail juara GV12