JUARA Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Iskandar Ismail berhasrat untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik melalui hasil wang kemenangannya sebanyak RM100,000.Menurut Iskandar, 47, sebahagian daripada wang kemenangan tersebut sudah diniatkan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim di Singapura atau Malaysia. Katanya, amalan bersedekah bukan perkara baharu buat dirinya malah pernah dilakukan sebelum ini.Iskandar mahu berkongsi wang kemenangan bersama golongan memerlukan."Saya sudah berhajat sebenarnya, saya ingin membantu kepada yang memerlukan. Sebahagian daripada hadiah saya ingin beri kepada anak-anak yatim."Tak kisahlah kalau boleh beri bantuan di Singapura atau Malaysia. Insya-Allah memang doa dan hajat saya untuk melakukan perkara itu.“Dulu pun saya pernah menjadi juara dalam satu pertandingan di Singapura dan saya menderma sebahagian wang kemenangan kepada yayasan kanser,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Iskandar Ismail juara GV12ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ejek padan muka tak jadi juara, Nubhan anggap tempat ketiga GV12 sebagai rezekiIskandar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV12 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad. Mengulas mengenai persembahannya di konsert akhir, Iskandar menyifatkan peluang berduet bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Senja Nan Merah merupakan momen yang cukup bermakna dalam kerjaya seninya. Kata Iskandar, meskipun mereka pernah beberapa kali bertemu sebelum ini, peluang untuk bergandingan di pentas besar hanya tercapai pada malam kemuncak GV12. Sebahagian daripada hadiah saya ingin beri kepada anak-anak yatim.ISKANDAR ISMAILJUARA GV12“Saya sangat berbesar hati dapat berduet dengan Jac, saya kenal dia sejak tahun 2005 ketika membuat satu persembahan.“Bila pertama kali jumpa Jac pada ketika itu, saya akui dia memiliki suara yang sangat sedap.“Kemudian kami ada juga berjumpa beberapa kali tetapi masih belum dapat berduet bersama. Jadi bila dapat duet pada malam akhir GV12 ini, saya rasa macam mimpi jadi kenyataan," ujarnya. Pada malam Ahad, Iskandar dinobat sebagai juara GV12, menewaskan lima peserta lain menerusi persembahan lagu Madah Berhelah nyanyian asal penyanyi Ziana Zain. Iskandar (kiri) teruja dapat berduet bersama Jaclyn.Kemenangan tersebut melayakkan Iskandar membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.Mendua pula muncul selaku naib juara dan tempat ketiga menjadi milik Nubhan. Sementara itu, Mark Adam berjaya menduduki tempat keempat, manakala Mell Sakura dan Ruri Repvblik masing-masing berada di empat kelima dan keenam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube