JENAZAH pelakon Nadia Kesuma telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dahaban, Jeddah, Arab Saudi pada pukul 7.35 pagi waktu tempatan pada Isnin. Menurut suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, upacara pengebumian itu dipenuhi rasa sedih dan kehilangan yang cukup mendalam. Namun, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu reda dengan ketentuan Ilahi kerana percaya arwah isterinya kini berada di tempat lebih baik.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kawasan Perkuburan Dahaban, Jeddah."Tempat persemadian baharu kamu sayang (panggilan Nadia). Secara rasmi dikebumikan pada pukul 7.35 pagi (waktu tempatan)."Saya terpaksa meninggalkan kamu sekarang sayang dengan kesakitan dan kesedihan di hati ini. "Namun saya tahu kamu berada di tempat yang lebih bahagia. Selamat tinggal," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nadia Kesuma selamat diuruskan, suami imamkan solatARTIKEL BERKAITAN: Suami tak sabar tatap wajah jenazah Nadia Kesuma, anak menangis tak dapat ikut ke Jeddah… Kongsi makanan kegemaran arwahMuhammad Kamarul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Muhammad Kamarul turut menzahirkan hasrat untuk menziarahi pusara Allahyarham bersama anak-anak pada masa mendatang. "Saya dan anak-anak akan menziarahimu tidak lama lagi, insya-Allah," ujarnya. Sebelum itu, Muhammad Kamarul memaklumkan bahawa kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah buat Nadia di Masjid Althaniyan, Jeddah selepas Subuh."Jika saya mendapat separuh daripada jumlah (jemaah) itu pun, saya sudah berasa sangat bersyukur.Seramai 500 jemaah menunaikan solat jenazah buat Nadia."Kamu memang layak menerimanya setelah segala pengorbananmu, bekerja tanpa mengenal penat, berhempas pulas dengan keringat dan air mata demi saya dan anak-anak," katanya. Terdahulu, Allahyarham dilaporkan rebah di lapangan terbang sebelum disahkan meninggal dunia.Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya telah berlepas ke Jeddah pada pukul 5.35 petang Ahad bagi menguruskan jenazah serta urusan pengebumian di negara berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube