suria

Ajak tak kisah perniagaan makanan dikritik, tak sangka terima Malaysia Book of Records... “Saya suka pandangan orang tapi bukan hinaan”

Perniagaan makanan diusahakan Ajak menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.

SEBAGAI usahawan yang dikenali, penyampai radio dan pelawak Ajak Shiro tidak dapat lari daripada kritikan dan kecaman di media sosial mengenai perniagaan makanan miliknya.

Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 40, menyifatkan setiap kritikan dan komen yang diterima sebagai salah satu bentuk promosi dalam perniagaan sekali gus tidak mematahkan samangatnya untuk terus berniaga.

Ajak tidak dapat lari daripada kritikan di media sosial. 

“Ada sahaja yang memberi komen tentang sijil halal, kualiti makan dan berkaitan kakitangan. Ini semua asam garam dalam perniagaan.

“Saya suka dengan pandangan orang tapi bukan hinaan. Sekurang-kurangnya ada orang terus bercakap tentang perniagaan saya,” katanya kepada mStar.

Ajak ditemui ketika majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk restoran Bumbu Babah miliknya yang berjaya mencatatkan Jualan Tertinggi Hidangan Nasi Padang Dalam Tempoh Satu Hari.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan tegur harga sambal udang cekik darah, Ajak Shiro kekal tenang... “Dalam masakan itu ada juga petai”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenang budi seorang sahabat, Ajak kunjungi gerai lempeng Tauke… Siap bawa meja makan baharu

Bercakap tentang kejayaan itu, bagi Ajak ia adalah di luar jangkaan apatah lagi perniagaannya itu masih baharu.

“Tak jangka semua ini akan berlaku. Idea asal pembukaan restoran ini pun demi memenuhi permintaan anak untuk buka kedai makan. Syukur atas kejayaan dalam tempoh singkat ini.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.

Ajak menyifatkan pengiktirafan yang diterima daripada MBOR sebagai satu kejayaan luar biasa. 

“Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini menjadi suatu yang jauh lebih besar,” luahnya.

Restoran milik Ajak itu mencatatlan jualan 23,674 hidangan nasi padang dalam operasi mereka pada 1 Januari lalu.

Ia dicatatkan menerusi jualan di 40 rangkaian restoran seluruh Malaysia.

Artikel Lain