Seorang wanita didakwa membawa ibunya yang kurang upaya untuk mengemis di tapak sebuah bazar Ramadan di Ipoh, Perak.
TULAR satu video memaparkan seorang peniaga menegur wanita yang didakwa meninggalkan ibunya untuk meminta sedekah di tapak jualan sebuah bazar Ramadan di Ipoh, Perak.Menerusi video tersebut, kedengaran peniaga berkenaan mempersoalkan tindakan wanita terbabit membiarkan ibunya meminta sedekah dalam keadaan cuaca panas. "Makcik ni ada kena-mengena dengan akak ke? Makcik ni mak akak ke? Selalu hantar makcik ni dekat sini ke?"Akak hantar makcik ni macam ni, akak ada surat daripada pihak kerajaan atau melalui undang-undang ke? Saya saja tanya, kesian pada orang tua.Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita menggunakan ibunya untuk mengemis di sebuah bazar."Saya ni anak yatim piatu kak. Saya tanya je... akak jangan risau. Kalau boleh akak jangan letak dekat sini (tapak bazar). Nampak buruk la kak," katanya dalam video.Menurut peniaga itu, wanita tersebut mengaku bahawa peminta sedekah yang dipercayai mempunyai masalah cacat penglihatan berkenaan adalah ibunya, sekali gus mengesahkan hubungan mereka seperti yang dipersoalkan dalam rakaman tersebut."Bukan suka-suka nak viral. Tapi kami anak-anak muda punya hati dan perasaan. Luluh hati apabila nampak orang muda hantar orang tua meminta sedekah tengah panas."Dia mengaku dia adalah anak kepada orang tua itu. Bukan nak sibuk hal orang tapi tak sampai hati nak tengok orang tua dipergunakan di tempat kami cari rezeki.Peniaga bazar menegur wanita didakwa menghantar ibunya meminta sedekah.Dia mempersoalkan kewajaran tindakan itu dan mengakui tidak sampai hati melihat warga emas di bawah panas.Video dimuat naik sebagai peringatan, bukan untuk mengaibkan sesiapa.Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat jika wujud unsur eksploitasi.Ariz Ramli atau Caprice turut membuat hantaran memaklumkan wanita itu merupakan seorang OKU.Ringkasan ini dijana oleh AI"Wajar ke seorang anak hantar ibunya ke bazar Ramadan untuk minta sedekah? Atau adakah anak dibenarkan hantar orang tuanya minta sedekah di bazar Ramadan?," tulisnya menerusi kapsyen video.Pada akhir video berkenaan, wanita tersebut dilihat memimpin tangan ibunya sebelum beredar meninggalkan lokasi.Menurut peniaga itu lagi, dia dan rakan-rakan niaganya tidak berniat mencampuri urusan peribadi atau mengaibkan mana-mana pihak.Namun, dia mengakui berasa terkilan dan tidak sampai hati melihat seorang wanita berusia dengan masalah penglihatan diperlakukan sedemikian.Dua wanita terbabit meninggalkan tapak bazar selepad ditegur.Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran tindakan seorang anak menghantar ibu sendiri untuk meminta sedekah di bazar Ramadan."Tahu pula dia takut ya. Tahu pula nak lari. Apa punya anak. Sudah la perempuan."Daripada hantar mak kau, baik kau je duduk dekat situ minta sedekah. Kerja la bantu mak dan ayah bagi duit pada mereka. Kerja kilang ke, F&B (food and beverages) ke."Dunia sekarang anak-anak paksa emak lakukan macam-macam... dah jadi hamba dibuatnya. Memang bulan puasa ni bulan orang banyak sedekah tapi bukan meminta caranya," komen beberapa netizen.