suria
mStar - Urban.Versatil

Lelaki mengaku ‘Rasul’ ada di Rawang, gebang pernah jumpa Nabi Adam waktu siang

Umat Islam perlu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki yang mengaku sebagai Rasul ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Rawang pada Sabtu.

Menurut Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, lelaki itu ditahan di sebuah premis bersama tiga lagi individu, termasuk seorang wanita.

"Berdasarkan siasatan awal, individu yang berumur 65 tahun itu menyatakan kepada pengikutnya dia sudah bertemu Nabi Adam AS secara nyata pada waktu siang, manakala bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk cahaya pada waktu malam.

"Dia juga menyatakan bertemu dengan para Rasul sebanyak dua hingga tiga kali dalam tempoh seminggu dan kejadian itu berlaku antara dua hingga tiga tahun lalu," menurut kenyataan itu pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rasul Melayu' minta pengikutnya insaf dan bertaubat

Tambah Mohd Shahzihan, penahanan itu dijangka dapat membantu menyelesaikan satu aduan tular pada 9 Februari lalu yang mendakwa individu tersebut mendakwa dirinya sebagai Nabi dan sudah mempengaruhi keluarganya.

Sebelum ini, pengikutnya juga mendakwa individu itu adalah utusan Allah dan segala tindakannya dianggap sebagai suruhan Allah seperti tidak perlu solat atau berpuasa jika letih dan uzur.

Siasatan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki berlaku suatu upacara atau perbuatan berhubung dengan agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak.

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia