TELEFON pintar dicuri pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menjadi punca akaun media sosial milik pasangan pempengaruh Prince Syed Shahid dan isterinya, Fatin Syazwani digodam sehingga mencetuskan kekecohan pada Jumaat malam.Sekeping gambar hitam putih memaparkan wajah Prince Syed dengan iringan bacaan al-Fatihah serta kapsyen memaklumkan sebarang perkembangan akan diberitahu kelak dimuat naik menerusi akaun rasmi tersebut. Perkongsian itu mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikut apabila ruangan komen dibanjiri ucapan takziah selain persoalan mengenai keadaan sebenar pempengaruh berkenaan.Kepada mStar, Syed menjelaskan telefon jenama Samsung jenis lipat miliknya tertinggal di sebuah kedai makan selepas dia dan isteri berbuka puasa pada malam berkenaan."Telefon jenis lipat tu tertinggal dekat kedai makan lepas saya dan isteri berbuka puasa. Ada orang ambil telefon tu dan kami syak dia seorang haters.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak Prince Syed Shahid kongsi video adik ipar dalam wad, nafi ibu Fatin dihalang bertemu anakARTIKEL BERKAITAN: Fatin menyesal bedah bariatrik, tak sangka keluarga bergaduh besar... Prince Syed buka cerita rupanya dah lama dibenci mentua“Masa saya patah balik ke kedai nak ambil, telefon itu dah tak ada. Telefon tu memang saya tak letak password (kata kunci). Cepat je dia lock akaun Facebook dan TikTok, memang pandai buat benda macam ni kut," katanya.Menurut Syed, dia hanya menyedari kehilangan peranti itu ketika mahu menyunting video dan gambar isterinya yang dirakam di tapak niaga pada siang hari.Tambahnya, tindakan memuat naik hantaran berbentuk seolah-olah berita kematian tanpa pengetahuannya disifatkan sebagai melampau dan mencetuskan salah faham."Kalau betul pun orang yang godam telefon saya tu tak suka kami berdua, janganlah sampai nak letak benda macam tu. Sudah la muka saya ni orang asyik cari salah. "Sumpah saya sakit hati dan kecewa. Kami ni asyik diperlakukan macam-macam oleh orang luar walhal kami tak ada apa-apa masalah pun. Hantaran yang dimuat naik individu tidak bertanggungjawab itu menerusi akaun Syed."Kami tak kacau orang, tapi dari hari pertama main media sosial ada je yang tak puas hati. Memang melampau apa yang jadi malam tadi. Tak pasal-pasal cetus kontroversi," katanya lagi.Dalam pada itu, Syed berkata kejadian berkenaan benar-benar memberi kesan emosi kepadanya apatah lagi berlaku pada bulan Ramadan.Dia menegaskan fokusnya kini hanya untuk berniaga nasi berlauk berharga RM10 yang dijual di bazar Ramadan berhampiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam."Saya tak ada masa nak buat content bodoh macam tu. Tak kan perkara hidup dan mati pun nak dibuat main. Bulan puasa ni saya cuma nak berniaga elok-elok dekat sini."Saya nak fikir banyak benda dan amalan yang nak dibuat bulan puasa ni, bukan perkara tak ada faedah. Hidup saya gembira dah sekarang walaupun keluarga kecil."Tanggapan orang luar dan netizen tu lantaklah sebab mereka tak berada dalam kasut kami dan tak tahu perjalanan hidup kami," ujarnya.Hantaran yang didakwa dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun berjaya diturunkan semula pada awal pagi Sabtu.