suria
mStar - Urban.Versatil

Lelaki 21 tahun menyamar jadi pelajar sekolah menengah, perdaya remaja sebelum rogol di hotel... Polis jumpa banyak foto lucah

Mangsa cabul atau rogol cenderung berdepan trauma untuk jangka masa yang lama. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana memperdaya gadis berusia 13 tahun untuk melakukan hubungan seksual di sebuah hotel.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Shintaro Ishiyama dari Shinjo, Wilayah Yamagata, Jepun berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial pada November lalu dan menyamar sebagai pelajar sekolah menengah.

Polis berkata, Ishiyama menggoda mangsa dengan menghantar mesej antaranya seperti, Saya sayang awak. Jangan risau tentang wang sehingga awak sampai ke sekolah menengah.

Ishiyama kemudian menjemput mangsa ke sebuah hotel di Kanagawa, di mana dia didakwa melakukan hubungan seks tanpa persetujuan gadis tersebut.

Ishiyama sebelum ini ditangkap pada Januari kerana disyaki melanggar Akta Larangan Pornografi Kanak-kanak selepas dipercayai memaksa seorang pelajar sekolah menengah rendah berusia 14 tahun dari Wilayah Fukushima untuk menghantar imej lucah kepadanya.

Beberapa imej lucah lain yang dipercayai melibatkan gadis bawah umur turut ditemui di kediaman Ishiyama.

Polis kini sedang menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalam jenayah lain. -Agensi

 

Artikel Lain