SATU pergaduhan kecil hampir membawa kepada insiden kebakaran besar di sebuah stesen minyak, dalam kejadian pada petang Khamis.Kejadian dilaporkan berlaku di Urla, dekat Raipur, India. Menurut laporan, dua lelaki yang dikenali sebagai Dharmendra Kshatri dan Imran datang ke sebuah stesen minyak di kawasan Urla dengan menaiki motosikal untuk mengisi petrol.Tiba-tiba, Dharmendra dipercayai mengeluarkan rokok dan cuba menyalakannya. Tindakannya itu ditegur oleh Imran namun lelaki berkenaan berang sebelum didakwa menyalakan pemetik api pada muncung nozel.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan api dengan pantas menyambar muncung nozel dan merebak ke tangki motosikal, sekali gus mencetuskan panik.Tindakan pantas seorang petugas yang menanggalkan paip bahan api dan menutup bekalan utama berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak.Kakitangan stesen turut menggunakan alat pemadam api dan berjaya mengawal keadaan sebelum api merebak ke kenderaan lain dan kawasan sekitar. -Agensi