suria

Fatin menyesal bedah bariatrik, tak sangka keluarga bergaduh besar... Prince Syed buka cerita rupanya dah lama dibenci mentua

Gambar terbaharu Fatin (kiri) yang kini dirawat di sebuah hospital di Selangor.

ISTERI kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed Shahid meluahkan kekesalan berhubung tindakannya melakukan pembedahan bariatrik bulan lalu.

Menurut Prince Syed, isterinya Fatin Syazwani Ishak berkata dia sama sekali tidak menyangka perkara berkenaan akhirnya mengundang pertelingkahan dengan keluarga. 

"Sejak awal lagi Fatin enggan beritahu sesiapa khususnya keluarganya mengenai keputusan untuk buat bariatrik.

"Saya nak jelaskan, Fatin buat bariatrik kerana dia tertekan kena body shaming, bukan sebab jual produk pelangsing. Saya tak pernah paksa dia... ia adalah kemahuan sendiri.

Kakak kepada Prince Syed (gambar kanan, hujung) sebelum ini berkongsi situasi Fatin. 

"Saya cakap padanya, 'abang tak menggalakkan dan abang juga tak menghalang'. Saya hanya pegang amanahnya apabila dia enggan beritahu sesiapa.

"Ada keluarga yang boleh menerima, ada yang tidak. Sekarang ni dia cakap menyesal buat bariatrik sebab tak pasal-pasal jadi gaduh macam ni. Dia kesian suaminya pula jadi mangsa," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, juga menjelaskan bahawa isterinya yang kini dirawat di sebuah hospital di Selangor adalah disebabkan dehidrasi, bukannya kesan daripada prosedur bariatrik.  

"Fatin mula muntah-muntah ketika kami terlibat dengan satu event di Langkawi. Banyak kali saya ajak ke hospital, dia menolak dan akhirnya dia akur selepas doktor di klinik perlu rujuknya ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak Prince Syed Shahid kongsi video adik ipar dalam wad, nafi ibu Fatin dihalang bertemu anak

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kedai emas dikenakan tindakan lepas baling cincin kepada influencer… Melepas jualan RM90,000

"Apabila balik ke Selangor, saya bawa Fatin ke hospital dan Alhamdulillah, selepas tiga hari menerima rawatan keadaannya semakin baik," ujarnya sambil menambah, isterinya dijangka dibenarkan keluar wad dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut insiden pergaduhan yang berlaku pada Ahad, Prince Syed berkata kekecohan bermula apabila salah seorang ahli keluarga Fatin 'menyelinap' naik ke wad yang menempatkan isterinya itu.

"Ketika dirawat di hospital, Fatin sekali lagi beritahu tak mahu jumpa siapa-siapa termasuk orang terdekat... hanya suami dan orang yang diberi senarai nama pada petugas kaunter wad.

  • Fatin Syazwani, isteri kepada Prince Syed Shahid, kesal buat pembedahan bariatrik kerana kini timbul pertelingkahan keluarga.

  • Prince Syed jelaskan Fatin buat bariatrik sebab tekanan body shaming, bukan sebab nak promosi produk pelangsing.

  • Fatin kini dirawat di hospital Selangor akibat dehidrasi, bukan komplikasi pembedahan.

  • Pergaduhan tercetus bila ahli keluarga Fatin masuk wad tanpa izin dan berlaku kekecohan hingga Prince Syed dipukul.

  • Prince Syed nafikan dakwaan dia kongkong isteri, sebaliknya kata dia selalu layan keluarga mentua dengan baik walaupun sering disalah anggap.

"Tapi ada seorang yang terlepas ke wad Fatin dan cetuskan kekocohan. Selepas itu, mereka buat kecoh lagi serang saya di rumah kakak.

"Dakwaan mengatakan saya kongkong Fatin adalah fitnah. Saya tak pernah kongkong, tak pernah sorok dan tak pernah bawa lari anak mereka, sebaliknya ia permintaan Fatin sendiri.

"Kes semalam, kepala saya dihentak dengan helmet, kena belasah... macam nak mati dikerjakan. Cermin kereta pun dipecahkan... kenapa macam tu? Saya terpaksa ke balai polis untuk selamatkan diri," terangnya lagi.  

Tambah Prince Syed, sepanjang perkahwinan bersama Fatin, dia tidak hanya sedaya upaya memberikan layanan terbaik untuk isterinya malah menyantuni mentuanya seperti keluarga sendiri.

Pasangan ini dikenali di laman sosial kerana sering menggayakan rekaan pakaian yang unik. 

"Kalau nak diikutkan, sejak anak pertama lahir lagi macam dah ada isu. Tapi saya hanya diam saja. Kami sentiasa balik ke kampung Fatin di Gerik, lebih-lebih lagi kalau ada event di utara tanah air, mesti singgah. 

"Saya tak pernah cari gaduh dengan mentua tapi tak habis-habis suruh kami bercerai sebab mereka tak suka saya. 

"Saya juga langsung tak berkira nak belikan baju, barang rumah, belanja makan. Ini balasan kepada saya... sumpah terkilan dengan fitnah yang dilemparkan," ujarnya lagi.

Artikel Lain