LAZIMNYA dalam kalangan adik-beradik, akan ada seorang yang terpaksa memikul tanggungjawab lebih besar berbanding yang lain sehingga mengorbankan impian sendiri.
Demikian juga dengan kisah dikongsikan seorang wanita mengenai pengorbanannya menjaga ibu dan bapa selama 12 tahun hingga kedua-duanya meninggal dunia.
Tidak sekadar itu, kini dia terpaksa menjaga abang kandungnya yang kudung kaki kiri, meskipun lelaki itu pernah melukai hatinya suatu ketika dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah 'sanjung' 5 anak kerja 'gomen' walau selalu tak cukup duit! Seorang lagi berniaga, sanggup doa bisnes bankrap
ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak larat bayar bank, anak biarkan kereta bapa ditarik... Rasa diri ketinggalan, lama kerja masih tiada simpanan
"Entah berdosa ke tidak kalau hati aku macam ada benda tak lepas. Sekarang aku kena jaga abang aku yang kudung kaki kiri. Dulu masa dia sihat selalu mencuri duit.
"Pernah masa mengandung anak pertama. Suami aku menabung sehari RM10 dalam tabung. Masa nak beli barang baby, dalam tabung tu kosong. Siasat punya siasat, abang aku yang itulah yang mencuri. Sebab arwah abah tanya dia mengaku," kongsinya dalam hantaran di Threads.
Dalam ramai adik-beradik, pasti ada seorang yang sanggup berkorban demi keluarga. -Gambar hiasan
Wanita ini berkata, biarpun ikhlas menjaga ibu bapa hingga melepaskan impian menjadi pereka grafik, namun jauh di sudut hati dia terkilan apabila pengorbanannya langsung tidak dihargai.
"Tak ada seorang pun tanya khabar aku. Kadang rasa sedih sebab, terfikir, betul ke aku ni adik mereka.
Seorang wanita berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa menjaga ibu bapa selama 12 tahun hingga mereka meninggal dunia.
Disebabkan itu, dia terpaksa melepaskan impian menjadi pereka grafik.
Kini dia perlu menjaga abang kandung yang kudung kaki kiri, walaupun lelaki itu pernah mencuri wang miliknya.
Wanita itu terkilan kerana tiga abangnya lepas tangan.
Netizen bersimpati dan mencadangkan abangnya dihantar ke rumah kebajikan.
"Sekarang dah pindah rumah sendiri. Tapi abang yang kudung ni, lepas kaki dia kena potong pakcik hantar dia ke rumah aku. Pakcik kata kesian tak ada siapa yang sudi jaga dia.
"Masing-masing lepas tangan. Kita yang bongsu pula berfungsi jadi sulung. Sebab ehsan je jaga makan minum dia," luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita berkenaan malah menyuarakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Sebahagian komen netizen.
"Pandai-pandailah dia jaga diri, dah besar panjang. Sudahlah perangai suka mencuri.
"Fikirkan diri sendiri dulu. Saudara-mara nak bercakap belakang ke, persetankan mereka.
"Hantar ke rumah kebajikan. Jangan jadi people pleaser," demikian antara komen netizen.


