suria

Mak ayah 'sanjung' 5 anak kerja 'gomen' walau selalu tak cukup duit! Seorang lagi berniaga, sanggup doa bisnes bankrap

Seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. -Gambar hiasan

SETIAP orang mempunyai pilihan jalan hidup masing-masing, begitu juga dengan wanita ini apabila memilih untuk menceburi bidang perniagaan berbanding lima adik-beradik lain.

Namun, dia terguris hati apabila pengorbanan yang dilakukan demi keluarga itu tidak disokong ibu sehingga sanggup mendoakan perniagaan yang diusahakan jatuh bankrap.

Disebabkan sikap ibu juga, wanita ini mengakui sudah 'tawar hati' untuk terus bercerita mengenai perniagaannya kepada ibu.

Doa seorang ibu penting untuk mendapat keberkatan dalam apa jua kita lakukan. -Gambar hiasan

"Bila mak terlepas cakap macam tu sumpah saya sedih gila sebab bagi saya doa mak ni mustajab. Sepatutnya doakan bisnes saya makin bagus bukan bankrap. 

"Kadang-kadang saya rasa mak narsisis. Dia tak nampak sebenarnya saya ni banyak berkorban untuk keluarga. Lepas ni malas dah nak cerita bab bisnes dekat mak.

"Malas dah bagi duit ribu riban, biar dia tahu tanpa saya ni dia dan adik beradik tak kan senang macam sekarang. Sumpah sedih gila," ujarnya menceritakan situasi di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik raih keputusan cemerlang SPM, STPM... Kakak jadi saksi satu persatu doa ibu jadi kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil wanita ini hanya didoakan keburukan! Masa hamil ibu doa susah bersalin, marah bawa makan tempat murah

Menurut pengadu, dialah yang paling banyak menyokong kewangan keluarga meskipun lima adik beradik yang lain bekerja sebagai penjawat awam.

Difahamkan, semua adik beradik seolah-olah dipaksa bekerja di sektor awam bagi mengikut jejak langkah ibu dan bapanya.

"Saya seorang je degil nak buat bisnes tapi lima adik beradik saya walaupun dah kahwin beranak pinak, sampai ke sudah tiap bulan minta duit dekat mak ayah.

  • Seorang wanita terkilan ibunya doa perniagaannya bankrap.
  • Dia harapkan restu seorang ibu, bukan doa menjatuhkan.
  • Wanita itu dakwa dia paling banyak bantu kewangan keluarga.
  • Namun ibunya mahu dia ikut adik-beradik lain kerja dalam sektor kerajaan.
  • Percubaan meluahkan rasa kepada ibu sering berakhir dengan pertengkaran.

"Mak saya banyak duit sebab saya yang bantu dia, tapi tak berkira habuk pun mak guna duit saya bagi dekat adik beradik sebab tu dah jadi duit dia.

"Tiap kali family gathering saya yang sponsor satu famili tak berkira pun sebab nak semua gembira," ujarnya.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasibnya, malah ada yang menyarankan agar dia bersemuka dan meluahkan perasaan kepada si ibu.

Beberapa netizen memberi kata-kata semangat.

Namun menurut pengadu, usaha itu sudah beberapa kali dilakukan namun tidak berhasil kerana sikap ibunya yang pentingkan diri.

"Pernah (luah) tapi saya selalu kalah. Dia akan balas cakap yang punca hidup saya macam tu sebab tak ikut cakap dia.

"Memang dah lama bercerita sebab asyik gaduh je sebab tak sehaluan. Dia berkeras nak saya kerja dalam sektor kerajaan juga," luahnya lagi.

Artikel Lain