suria

"Orang lelaki tolong jangan miskin" - Adik merungut, abang berduit minta tolong jaga ibu 'bedridden' bila 'nurse' upahan cuti

Menguruskan ibu yang terlantar sakit bukan satu tugasan mudah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 35 tahun meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya dipergunakan dalam urusan menjaga ibu yang terlantar sakit (bedridden).

Menurutnya dalam satu hantaran di media sosial, abangnya yang berkemampuan dari segi kewangan sudah pun mengupah jururawat peribadi untuk menjaga ibu mereka. 

Namun, dia yang sudah berkeluarga sering dipaksa oleh abang untuk mengorbankan masa dan tenaga menjaga ibu apabila jururawat itu bercuti.

Anak-anak perlu mengambil bahagian menguruskan ibu yang uzur. -Gambar hiasan

"Orang lelaki tolong la jangan miskin sebab nanti kau akan dipergunakan. Paling terkesan dengan darah daging sendiri (abang pengadu).

"Dia berduit, upah private nurse jaga mak saya yang bedridden. Lepas tu, sebulan sekali belum tentu dia balik jaga mak dengan alasan sibuk urus kerja, outstation.

"Kemudian dia buat peraturan sendiri, aku kena korbankan masa dan tenaga. Paksa balik jaga mak kalau nurse cuti," luahnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mental ‘koyak’, emosi kuasai diri 7 tahun jaga ibu strok... anak sanggup ulang alik Sentul-Bangi cari ilmu ‘kesabaran tahap tinggi’ - “Beban dulu kini jadi nikmat”

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun adik jaga ibu lumpuh, abang-abang tinggal jauh hanya hulur duit… Balik kampung terkejut terdengar mak kena tengking!

Situasi itu jelas memberi tekanan kepada dirinya kerana terpaksa mengimbangi tanggungjawab sebagai anak dengan peranan sebagai suami dan bapa.

"Sedangkan saya ada anak bini. Anak saya baru umur satu tahun enam bulan.

"Kami pasangan PJJ (perhubungan jarak jauh). Kau rasa? Masa mak sihat dulu, muka ni juga la yang selalu balik," luahnya lagi.

  • Lelaki 35 tahun terkilan dipaksa oleh abang jaga ibu sedang terlantar sakit.
  • Abang berduit upah jururawat, namun jarang pulang menjaga ibu.
  • Dia tertekan kerana anak masih kecil dan PJJ dengan isteri.
  • Netizen kritik lelaki berkira tenaga walau tak mampu beri duit upah jururawat.
  • Ada juga netizen pertahan abang, sudah banyak berkorban membayar jururawat.

Bagaimanapun, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju apabila dia mengeluh.

"Saya jarang komen tapi rasa nak beri pendapat. Umur 35 takkan tak boleh fikir. Kalau tak mampu sumbang duit, jangan berkira nak sumbang tenaga.

"Walaupun PJJ, anak kecil tapi tu mak sendiri kot yang sakit. Kalau berkira tenaga tu, tolong la giliran awak pula upah jururawat bila nurse abang kau cuti," komen seorang netizen.

Sebahagian komen netizen mengulas hantaran asal.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang tampil mempertahankan abang kepada pengadu yang berduit.

"Bunyi macam abang yang berduit tu pula dipergunakan. Dah la kena bayar nurse, dekat situ dah selesai 90 peratus urusan mak.

"Lepas tu adik beradik masih harap dia uruskan mak dengan tangan sendiri untuk uruskan lagi 10 peratus. 

"Kasihan dekat abang tu. Mereka harapkan dia untuk uruskan 100 peratus mak hanya kerana dia berduit," komen seorang lagi netizen.

Artikel Lain