suria

Pondan buat ‘live’ berbaju kurung siap pakai tudung, pelik ramai kaum Hawa puji seolah-olah tak berdosa!

Terdapat segelintir lelaki yang berani berpakaian wanita secara terbuka. -Gambar hiasan

SEORANG pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang lelaki berperwatakan lembut yang dianggap melampaui batas.

Menurut pelayar Threads itu, dia melihat lelaki tersebut berpakaian wanita dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa ramai wanita yang memuji lelaki itu, seolah-olah cuba 'menghalalkan' perkara haram.

Public toilet stinch

Orang ramai bimbang sekiranya lelaki lembut semakin berani sehingga masuk ke tandas wanita. -Gambar hiasan

"Tolonglah berhenti puji pondan tu cantik. Disebabkan pujian tu la, mereka makin melonjak-lonjak (menjadi-jadi).

"Tadi aku tengok ‘live’ seorang pondan ni. Dia siap pakai baju kurung dan tudung, bersolek. Dan yang komen cantik tu semua perempuan. 

"Bila tanya nak pergi mana, dia cakap nak keluar (berbaju kurung)," tulis individu itu.

  • Pengguna media sosial kurang senang dengan lelaki berperwatakan lembut yang berpakaian wanita dalam siaran langsung di TikTok.
  • Dia mendakwa ramai wanita memuji lelaki tersebut, seolah-olah menghalalkan perkara yang bertentangan dengan agama.
  • Individu itu menegaskan orang ramai tidak seharusnya membiasakan diri dengan perbuatan sedemikian.
  • Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dan berpendapat pujian daripada wanita membuatkan golongan itu semakin berani.
  • Ada juga yang bimbang jika lelaki berpenampilan wanita semakin melampau sehingga berani memasuki tandas perempuan.

Tambahnya, orang ramai tidak seharusnya membiasakan diri mereka dengan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran agama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan pandangan individu itu.

Malah kata netizen, ramai kaum Hawa yang dilihat seolah-olah menggalakkan lelaki lembut berpakaian wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak pondan terus ketawa! Lelaki lembut sedih diejek masuk surau Muslimin, selesai solat Asar terus dihina

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lembut makin berani menonjol di media sosial... Pengikut pula beri sokongan, lupa hukum haram dan dosa besar

"Memang pun. Yang ‘enabler’ adalah perempuan sendiri. Sama bodoh dengan pondan tu.

"Kat TikTok memang berleluasa pun pondan-pondan ni buat ‘live’. Orang puji, lagi la mereka menjadi-jadi.

"Si pondan naik kepala dengan pujian. Yang puji tu pun dapat dosa yang berterusan," tulis beberapa netizen.

Lelaki tidak sepatutnya memakai pakaian wanita. -Gambar hiasan

Antara lain, ada yang turut meluahkan rasa bimbang sekiranya golongan itu semakin berani sehingga masuk ke tandas perempuan.

"Nanti yakinlah mereka masuk tandas perempuan sebab segelintir puji cantik macam perempuan asli," tulis netizen lagi.

Sebagai ingatan, Islam melarang lelaki berpakaian atau berperwatakan sehingga menyerupai wanita dan sebaliknya.

 

 

Artikel Lain