suria

Romantis kalah orang muda, wanita mula kenal siapa bapa tiri lepas tercuri baca mesej untuk ibu

Warga emas juga berhak mengecapi bahagia seperti orang muda. -Gambar hiasan

CINTA hadir tanpa mengenal usia dan kebahagiaan itu boleh muncul pada bila-bila masa dalam hidup seseorang.

Di Threads, seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah perkahwinan kedua ibunya.

Menurut wanita itu, kegembiraan jelas terpancar di wajah ibunya yang memilih untuk berkahwin semula pada usia 60 tahun.

Close up focus on the Shake hands of a patient sick encourage encouragement on the bed in hospital ward. Healthcare concept.

Segelintir warga emas memilih untuk berkahwin semula selepas kematian pasangan mereka. -Gambar hiasan

"Mak aku umur 60 jumpa jodoh baru lepas ayah meninggal. Dan percaya tak? Romantik dia dan ayah tiri aku kalah ‘couple’ muda. 

"Setiap pagi, ayah akan hantar mesej dekat mak, dia tulis Assalamualaikum, selamat pagi sayangku. Aku tercuri baca.

"Petang-petang mereka ronda naik skuter berdua. Kalau jalan kaki, mesti genggam tangan," tulis wanita itu sambil menambah bapa tirinya juga berusia 60 tahun.

  • Seorang wanita berkongsi kisah ibunya yang berkahwin semula pada usia 60 tahun.
  • Ibunya dan bapa tiri sebaya dan hidup romantis seperti pasangan muda.
  • Layanan penuh kasih sayang daripada bapa tirinya membuatkan dia percaya cinta sejati tidak mengenal usia.
  • Ramai netizen terharu membaca perkongsian itu dan menganggap ibunya bertuah memiliki suami yang romantis di usia senja.
  • Mereka bersetuju usia hanya menambah angka dan fizikal semakin menua, tetapi kasih sayang dan cinta tetap kekal abadi.

Menurutnya lagi, layanan yang ditunjukkan oleh bapa tirinya membuatkan dia percaya cinta sejati itu tidak mengenal usia.

"Mak aku layan ayah macam ‘princess treatment’. ‘Part’ ni aku ‘salute’. Aku belajar satu benda.

"Cinta sejati tak kenal usia. Tak perlu tunjuk, tapi anak-anak nampak," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kahwini rakan sekelas anak umum hamil pada usia 50 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah wanita lanjut usia... Ada lelaki berkenan sanggup jumpa hari-hari sampai ajak kahwin, sayangnya suami orang

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa gembira membaca perkongsian itu.

Kata netizen lagi, ibu wanita itu bertuah kerana dikurniakan suami yang masih romantis walaupun sudah berstatus warga emas.

"Bertuah ibu awak. Tak semua dapat suami yang ikhlas di usia senja macam ni. 

Pics pose for story on people taking their expired medicine.—AZMAN GHANI/The Star

Lelaki kematian isteri biasanya berkahwin lagi kerana memerlukan seseorang untuk menjaga mereka. -Gambar hiasan

"Yang meningkat hanya usia. Yang menua cuma fizikal. Tapi rasa kasih sayang dan cinta tiada usia dan tiada fizikal.

"Sama kes bapa mentua saya. Dia baru nikah awal tahun. Dah tua tak fikir apa-apa, dia hanya mahu berteman,” demikian antara komen netizen.

 

Artikel Lain