DI setiap pejabat pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang staf yang dikenali kerana sikapnya yang gemar berborak dan bergosip.
Situasi sebegitu turut dihadapi individu ini yang sering keluar makan tengah hari dengan rakan sekerjanya, seorang kakak yang berusia hampir 50 tahun.
"Kisahnya pejabat aku ni tak ramai perempuan, nisbah 10 lelaki dua perempuan. Jadi aku setiap hari lunch dengan kakak ni, umur dekat 50 tahun.
"Aku OK je geng dengan kakak-kakak sebab diaorang macam mak-mak, rajin bercerita.

Setiap pekerja tertakluk kepada peraturan syarikat. -Gambar hiasan
"Masalahnya kakak ni, aku namakan dia Kak Mah, dia suka bercerita semua hal dalam hidup dia, dari hal anak sampai hal adik beradik dia," ujar gadis ini sambil menambah dia tidak mengenali individu-individu dalam penceritaan oleh Kak Mah.
Dia yang sentiasa menjadi tempat bercerita dan 'luahan' Kak Mah pernah juga beberapa kali cuba berkongsi cerita mengenai dirinya.
Namun malangnya, Kak Mah seolah-olah tidak berminat dan sekadar memberi respon biasa sebelum memotong percakapannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kenal, rakan pejabat mesej panggil ‘princess’ sebelum tidur… Dasar lupa diri ada anak isteri!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut rakan suami sokong skandal pejabat, suami dan isteri orang pun nak dijodohkan - “Syaitan nak porak-peranda!”
"Dah dekat setahun aku lunch dengan Kak Mah, kesimpulan yang aku boleh buat... apabila lunch dengan dia, aku hanya boleh dengar je.
"Dia tak berminat nak dengar cerita aku, kalau aku pergi bercuti mestilah nak share sikit pengalaman tu.
"Kadang-kadang aku mulakan cerita semalam saya baru balik dari Penang kak, penat juga jalan jem tapi seronok cuti sebab tempat makan banyak, dia balas oh ye ke? OK la tu," cerita gadis ini lagi.
Berkali-kali melalui situasi yang sama, akhirnya gadis itu mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan hanya menjadi pendengar setia sewaktu mereka makan bersama.
- Seorang gadis dedah rakan sepejabat digelar ‘radio bergerak’ kerana suka bercerita hal peribadi.
- Dia sering jadi pendengar setia ketika makan tengah hari.
- Setiap kali cuba berkongsi ceritanya, perbualannya dipotong.
- Situasi makin rumit bila rakan itu mahu duduk bersebelahan.
- Netizen cadang guna headphone atau gurauan sopan untuk elak.
Baginya, komunikasi sehala itu hanya perlu dihadap sepanjang tempoh rehat yang singkat, bukannya sepanjang hari.
"Masalah baru pula muncul apabila pejabat aku ada buat perubahan sikit, jadi Kak Mah kena tukar tempat duduk dan dia 'insist' nak duduk sebelah aku.
"Macam mana nak buat? Tak kan nak abaikan dia sepanjang hari? Biadab pula," keluhnya yang bimbang untuk berdepan dengan situasi baharu itu.
Lebih merumitkan keadaan, aduan yang dibuat kepada majikan tidak mendapat perhatian serius kerana dianggap isu remeh.

Warga maya memberi cadangan dan nasihat kepadanya.
Menurut gadis itu lagi, dia kini buntu memikirkan cara terbaik untuk menolak secara sopan tanpa menyinggung hati rakan sekerjanya.
"Aku OK je dengan dia cuma bab bercerita tu yang aku tak sanggup hadap. Lagipun nanti kerja aku jadi lambat kalau layan borak dia tu.
"Aku dah bagitau bos yang aku tak nak duduk sebelah dia tapi bos aku gelak je, dia cakap dia tak boleh nak arah staf sebab ikut keselesaan masing-masing," tambahnya.
Meskipun kisah yang dikongsikan gadis ini menghiburkan netizen, namun ramai bersimpati apabila Kak Mah memilih untuk duduk bersebelahan.
Susulan itu, rata-rata warga maya mencadangkan supaya dia menggunakan headphone sebagai isyarat memerlukan fokus atau menolak perbualan dengan nada gurauan.


