MENELUSURI kehidupan seharian, gurauan sering menjadi pemanis dalam perhubungan.
Namun, tidak semua usikan boleh dianggap sebagai jenaka lebih-lebih lagi jika melampaui batas dan menyentuh perkara yang sepatutnya dipelihara, terutama dalam kalangan individu berumah tangga.
Seorang wanita berkongsi pengalaman ketika menemani suaminya ke acara sukan anjuran syarikat di mana dia menjadi saksi kepada satu situasi yang pada awalnya kelihatan biasa, namun akhirnya mengundang rasa kurang senang.
Setiap individu perlu menjaga batas pergaulan untuk mengelakkan fitnah. -Gambar hiasan
"Husband bertanding, aku jadi penonton. Tengah duduk-duduk tengok game dengan team dia, aku perasan ada kawan-kawan asyik kenen-kenenkan seorang teammate husband aku ni dengan seorang perempuan, sama jabatan.
"Aku pun gelak-gelak je sebab macam comel tengok mereka malu, sengih-sengih," ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan
ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi isteri curang, suami terbawa-bawa sampai alam nyata! Semua perkara nak kaitkan dengan ‘lelaki lain’
Namun, semuanya berubah apabila dia bertanya secara santai kepada suaminya tentang status kedua-dua individu tersebut.
"Aku yang kepochi (penyibuk) ni tanya husband, yang lelaki ni bujang lagi ke duda? Sebab tengok macam dah awal 40-an.
"Husband jawab... taklah, dua-dua dah kahwin. Serius terperanjat. Terus aku cakap dekat husband... abang jangan join mereka usik-usik macam tu eh. Kalau daripada gurau tu tiba-tiba tersuka macam mana?" kongsinya lagi.
Seorang wanita berkongsi pengalaman melihat usikan melampau melibatkan dua rakan sekerja suaminya yang sudah berkahwin.
Pada awalnya dianggap gurauan biasa, namun dia terkejut apabila diberitahu kedua-duanya sebenarnya suami dan isteri orang.
Dia menegur suaminya agar tidak terlibat dalam gurauan seperti itu kerana ia boleh membawa kepada tercetusnya skandal.
Wanita itu mengingatkan agar masyarakat tidak menormalisasi gurauan melampaui batas.
Netizen menyokong pandangannya dan berkongsi pengalaman hampir serupa, iaitu bermula daripada gurauan.
Wanita tersebut berkata dia terpanggil untuk berkongsi kisah berkenaan untuk memberi peringatan agar gurauan sedemikian tidak wajar dinormalisasikan.
"Syaitan memang kerja dia nak porak-perandakan rumah tangga. Kita pula senang-senang bagi jalan dia buat kerja.
"Maaf cakap, tapi seriously benda ni menjijikkan. Tolonglah jangan normalise gurau macam ni. Banyak lagi benda lain nak buat gurauan. Itu bukan gurauan. Itu pintu masuk skandal," tulisnya.

Sebahagian komen netizen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendirian wanita tersebut dan berpandangan ia wajar dielakkan kerana mampu mengundang situasi lebih buruk.
"Nak carut tapi kena sabar. Bodoh punya colleagues.
"Kawan husband pun ada macam ni. Dari kenen-kenen, last-last tersuka. Terus jadi bini nombor dua.
"Sesetengah lelaki memang macam tu, dah kahwin pun menggatal tapi nanti bini buat benda sama tahu pula merentan," demikian antara komen netizen.


