suria

Mula-mula rasa sebiji dua, kemudian makan sampai kenyang! Ibu selamba bawa anak ‘petik’ anggur di pasar raya, sesen pun tak bayar

Setiap pembeli perlu bersikap jujur ketika membeli-belah di pasar raya. -Gambar hiasan

ADA yang beranggapan mengambil atau menjamah makanan seperti buah-buahan di rak pasar raya sebelum membayarnya adalah perkara biasa.

Disebabkan itulah, seorang wanita tanpa rasa bersalah atau malu memetik dan memakan buah anggur yang berada di ruangan buah-buahan, meskipun tindakannya itu dilihat pelanggan pasar raya yang lain.

Lebih mengejutkan apabila dia turut berkongsi dengan anak-anaknya sehingga segugus anggur itu kelihatan 'botak'.

Pasar raya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barang keperluan. -Gambar hiasan

Pasar raya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barang keperluan. -Gambar hiasan

Menyedari perbuatan itu salah, saksi yang berkongsi kisah ini di Thread untuk dijadikan pengajaran berkata, dia cuba memberi teguran dengan cara baik kepada wanita terbabit.

"Masa tengah pilih buah-buahan, datang seorang ibu petik anggur beberapa biji untuk dia dan anak-anak makan.

"Aku kat sebelah macam terkejut, kenapa dia buat macam tu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Staf berlalu, dia pilih-pilih lagi” - Bungkusan strawberi dibuka, ambil buah yang elok sahaja... pembeli lain diharap ambil pengajaran!

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan belum bayar, ibu tengah beratur di kaunter buka bungkusan bagi anak-anak makan… Siap tumpang sekaki!

"Kemudian si ibu ambil lagi, ambil anggur tanpa membayar sampai hampir botak anggur tu. Aku pun tegur tak boleh buat macam ni," ujarnya mengimbas apa yang terjadi.

Teguran berkenaan tidak berakhir begitu sahaja apabila ia mengundang rasa kurang senang pasangan wanita terbabit.

  • Wanita terlihat ibu memetik dan makan anggur di pasar raya tanpa bayar, siap kongsi dengan anak hingga segugus jadi ‘botak’.
  • Dia menegur secara baik, tapi ibu tersebut tak menunjukkan rasa bersalah.
  • Suami wanita itu marah dan ‘sound’ pengadu dari belakang dengan kata-kata kasar.
  • Pengadu kecewa kerana perbuatan itu memberi contoh buruk kepada anak-anak dan memandang remeh soal adab.
  • Netizen mengecam, menegaskan makan buah tanpa bayar adalah salah dan bukan budaya yang wajar.

"Sangat menyedihkan, tauladan yang tak baik ditunjukkan kepada anak-anak. 

"Kemudian si suami nak sound aku, tapi dia berani sound belakang je. Dia cakap... kepala otak kaulah.

"Aku pun jawab... nak sound kenapa? Kejujuran tu memang menyakitkan tapi aku tegur elok depan-depan bukan main kata belakang dan tak ada orang dengar," tambahnya lagi.

Warga maya pernah berhadapan situasi sama.

Warga maya pernah berhadapan situasi sama.

Situasi yang berlaku itu membuatkan wanita ini bimbang dengan sikap segelintir ibu bapa yang memandang remeh tentang isu adab, hak dan kejujuran.

Baginya, tidak semua orang layak menjadi ibu atau bapa jika gagal memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak-anak.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

"Bagi anak makan benda haram, esok anak tak jadi orang... jangan salahkan siapa-siapa.

"Pernah nampak, dahlah tak cuci sebelum makan, kalau satu boleh terima lagi tapi ni macam kebulur masuk dalam perut.

"Biasanya nak test buah ni, kat pasar malam je boleh... minta izin dengan pemilik. Atau apabila pemilik yang tawarkan dulu," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain