suria

“Staf berlalu, dia pilih-pilih lagi” - Bungkusan strawberi dibuka, ambil buah yang elok sahaja... pembeli lain diharap ambil pengajaran!

Seorang ibu muda berkongsi di Facebook gambar dan video seorang pembeli wanita sedang memilih strawberi yang sudah dibungkus di dalam kotak.

“SAYA cuma nak tekankan bahawa setiap individu perlu ada kesedaran sivik dan ‘common sense’ dalam diri masing-masing”.

Demikian kata seorang ibu muda mengenai tindakannya berkongsi gambar dan video di Facebook menunjukkan seorang pembeli wanita sedang 'teliti' memilih buah strawberi yang sudah dibungkus di sebuah pasar raya.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Erny itu menjelaskan, dia langsung tidak berniat untuk memalukan individu berkenaan, sebaliknya hanya mahu memberi mesej kepada orang ramai mengenai betapa pentingnya kesedaran sivik dalam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sangat takut untuk tahan mana-mana kereta” - Pensyarah tak boleh move on diselamatkan adik beradik India, Proton Saga lama... ini sebabnya! 

ARTIKEL BERKAITAN: Aunty Cina dah lama pendam hajat! Jeritan “baby mana” buat bapa tersentak - “Cepat-cepat suruh wife bawa anak keluar kereta” 

“Sebenarnya saya sudah panggil wanita itu, tapi barangkali dia tak dengar. Kemudian staf pasar raya datang dan menegurnya. Bila staf itu berlalu, dia pilih-pilih lagi.

“Cuba bayangkan, dia buka kotak buah yang sudah dibungkus dalam pek dengan sukatan (berat) tertentu, dan dengan selamba saja dia pegang buah untuk pilih yang elok. Di mana letaknya soal kebersihan?

“Dan lagi satu, buah itu sudah dibungkus di dalam pek, tak ada ke ‘common sense’  bahawa tindakan itu sesuatu yang tak patut?

“Kenalah ada kesedaran sivik, dan paling tidak pun fikir soal kebersihan sebab ada orang lain yang akan beli,” kata wanita berusia 28 tahun ini mengenai kejadian di sebuah pasar raya di Kepong.

Sebelum ini, Erny menerusi Facebooknya berkongsi satu klip video berdurasi lapan saat dan beberapa keping gambar memaparkan seorang pelanggan wanita sedang asyik memilih buah strawberi yang sudah dibungkus di dalam kotak kecil.

Posting asal (kiri) dan posting terbaharu (kanan) yang dikongsi Erny di Facebook mengenai isu pek strawberi yang tular baru-baru ini. 

Perkongsian tersebut kemudiannya tular di laman sosial sehingga dihujani komen netizen selain mendapat ratusan perkongsian.

Beberapa hari selepas perkongsian itu tular, individu dalam rakaman video terbabit kemudian menghantar mesej peribadi (DM) menerusi Facebook Erny untuk memberikan penjelasan dan mengakui kesilapannya.

“Pada mulanya wanita itu mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya atas dakwaan melakukan ‘accusation’ sekiranya saya tidak memadam posting berkenaan. Saya bertanya kembali kepadanya, adakah dia tidak melakukan perbuatan seperti di dalam video itu.

“Saya bertegas, saya hanya akan padam selepas dia mengakui perbuatannya itu. Dia mengaku memilih buah strawberi itu, namun memberi alasan ia adalah kerana terdapat buah yang rosak dalam kotak, dan dia nak beli sebab nak habiskan baucar.

“Persoalannya, kenapa tak panggil staf pasa raya untuk bertanya terlebih dahulu? Wajarkah tindakan kita pilih buah yang elok dan tinggalkan yang rosak untuk dibeli orang lain?” tegasnya.

Saya padam bukan sebab takut diugut. Saya lakukan kerana dia sudah mengakui kesilapannya. Dalam masa yang sama, saya enggan netizen terus melontarkan komen-komen negatif berbaur rasis dan sebagainya.

ERNY

Enggan memanjangkan perkara berkenaan, Erny berkata dia memutuskan untuk memadamkan posting berkenaan.

“Tapi saya padam bukan sebab takut diugut. Saya lakukan kerana dia sudah mengakui kesilapannya. Dalam masa yang sama, saya enggan netizen terus melontarkan komen-komen negatif berbaur rasis dan sebagainya.

“Saya langsung tak gentar jika individu berkenaan mahu memanjangkan perkara ini kerana saya tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang. Saya juga simpan semua bukti mesej dia.

“Apa yang saya nak tekankan adalah, soal kesedaran sivik tidak ada kena mengena dengan bangsa seseorang. Ia adalah sikap inidividu itu sendiri,” akhirnya.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain